Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lan.kan] | منجالنکن

Definisi : 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lan.kan] | منجالنکن

Definisi : 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Papan tanda sekolah terpapar 1.Peperiksaan sedang dijalankan 2.Peperiksaan sedang berjalan. Frasa mana yang betul?mohon pencerahan .TQ.Tuan MunsyiPerkataan dijalankan bermaksud dilaksanakan, dan perkataan ini merupakan bentuk pasif bagi menjalankan. Menjalankan/dijalankan ialah kata kerja transitif yang mesti diikuti objek. Berjalan bermaksud berlangsung dan merupakan kata kerja tak transitif. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah "Peperiksaan sedang berjalan" atau "Peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa18.10.2018
Adakah DBP menjalankan perkhidmatan terjemahan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Adakah institusi yang menjalankan khidmat tersebut?Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menjalankan sebarang khidmat penterjemahan.  Institusi lain yang menjalankan khidmat ini ialah Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 012-2067076 (Puan Saodah Abdullah - setiausaha kehormat) atau 012-22811814 (Puan Suzana - setiausaha kerja).  Institusi lain yang menjalankan aktiviti yang sama ialah Institut Terjemahan Negara.Lain-lain09.06.2010
menjalankan dengan menjalani apakah perbezaannyaMerujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan men...i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar. Apabila dibandingkan penggunaan apitan men..kan dengan men..i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga. Antaranya fungsi apitan men..kan menandakan kausatif, manakala apitan men..i menandakan lokatif. 2. Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan men...kan dan men i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan men..kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan men...i menerima objek yang bernyawa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 205-207.Tatabahasa05.09.2008
Tuan,apakah perbezaan penggunaan antara perkataan "menjalani" dan "menjalankan" ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan.Tatabahasa10.10.2016
Adakah tepat penggunaan frasa saya yang menjalankan amanah, berbanding memikul atau melaksanakan amanah?Frasa saya yang menjalankan tugas( yang diamanahkan... ) juga membawa maksud yang sama iaitu saya yang menunaikan amanah atau saya yang memikul amanah. Menjalankan sama maksud dengan melaksanakan.  Oleh itu, saya yang menjalankan amanah boleh digunakan.Makna21.09.2018
Penggunaan perkataan, pelbagai dan kepelbagaian dalam ayat seperti berikut: a. Mempunyai pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian. b. Mempunyai kepelbagaian kaedah untuk menjalankan kajian. Ayat yang manakah paling tepat pengunaan perkataan tersebut. Zakaria Adom Jabatan Pendidikan N.SembilanFrasa yang betul ialah mempunyai pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian...Tatabahasa25.07.2013
Saya ingin bertanya penggunaan "Saya yang menjalankan tugas" dalam surat rasmi pada bahagian akuan diri sebelum tandatangan. Menurut seorang Munsyi Dewan semasa saya berkursus penulisan surat rasmi beliau menjelaskan "Saya yang menjalankan tugas" hanya digunakan oleb Ketua Setiausaha Negara sahaja. Namun kemunsyikilan saya dalam buku teks kelas Peralihan terdapat satu surat rasmi yang tulis oleh murid menggunakan "Saya yang menjalankan tugas". Mohon pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini supaya saya tidak mengajar perkara yang salah pada murid-murid saya. Terima kasih.Lazimnya penggunaan rasmi dalam kalangan penjawat awam ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Walau bagaimanapun frasa "Saya Yang Menjalankan Tugas" banyak digunakan dalam buku/edaran tentang penulisan surat rasmi. Oleh hal yang demikian, jika ada organisasi yang menggunakan frasa tersebut dalam surat, bukanlah suatu kesalahan.Tatabahasa19.09.2015
Saya sedang menjalankan kajian berkaitan dengan kepimpinan.Soalan saya, perkataan mana yang betul Kepimpinan Transformasional atau Kepimpinan Transformasi Konteks kajian saya ingin melihat gaya kepimpinan pengetua. Saya tidak pasti penggunaan perkataan Kepimpinan transformasional atau kepimpinan transformasi
Mengikut istilah dalam bidang Pentadbiran, 'transformational leader' ialah "pemimpin transformasi" yang bermaksud "Pemimpin berkarisma yang mampu mengubah orang atau kelompok di bawah kepimpinannya". Padanan  ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Penyemakan dan penterjemahan08.11.2022
saya sedang menjalankan terjemahan borang soal selidik bahasa inggeris ke bahasa melayu. oleh itu, mohon jasa baik pihak DBP untuk menyemak terjemahan bahasa melayu saya dan ada beberapa perkataan yang saya tidak dapat terjemahkan ke bm lagi. terima kasihUntuk makluman puan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Puan boleh menyemak maksud perkataan melalui laman web prpm.dbp.gov.my atau boleh mendapatkan khidmat terjemahan daripada Persatuan Penterjemah Malaysia. Penyemakan dan penterjemahan26.01.2021
Syarikat kami menjalankan aktiviti Pengurup Wang di KLIA, bolehkah pihak kami ingin meletakkan bahasa Cina di papan tanda syarikat?Salam sejahtera,

Tuan,

Penggunaan bahasa Cina pada papan iklan dibolehkan tetapi perlu ada padanan dalam bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.05.2019
12345678910...

Kembali ke atas