Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lan.kan] | منجالنکن

Definisi : 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lan.kan] | منجالنکن

Definisi : 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exerciselatihan; senaman; menjalankanSejarahTiada1. Menjalankan: Tindakan menjadikan sesuatu bergerak atau menjalankan sesuatu seperti tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak berautoriti.
bankbankEkonomiTiadaInstitusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti, dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, dan bank simpanan.
bankbank; tebingUndang-undangTiada1. Bank: Institusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan.
supervisory groupkumpulan penyeliaanEkonomiTiadaGolongan pekerja yang menjalankan tugas dalam sesebuah syarikat yang menjalankan tugas penyeliaan.
by the prudent exercise of his powersdengan menjalankan kuasanya dengan hematUndang-undangTiadaMelakukan sesuatu dengan menggunakan atau menjalankan kuasa yang ada padanya secara hemat atau berhati-hati.
nemesisnemesisKesusasteraanTiadaPembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�.
paramedical practitionerpengamal paramedikPerubatanTiadaKumpulan Penolong Pegawai Perubatan berdaftar yang memberikan rawatan, menjalankan ujian diagnostik, rehabilitasi dan khidmat nasihat kesihatan yang terhad berbanding skop dan kompleksiti tugas Pegawai Perubatan. Kumpulan ini juga boleh menjalankan tugas secara autonomi dalam skop yang ditetapkan atau dengan pengawasan yang terhad oleh Pegawai Perubatan.
industry guidespanduan industriEkonomiTiadaMaklumat penting untuk membantu pelabur atau bakal pelabur menjalankan aktivitinya seperti syarat, peraturan dan undang-undang, insentif dan institusi yang terlibat dan adat resam yang perlu difahami untuk membantu pelabur menjalankan aktivitinya.
tribunaltribunalPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau orang yang menjalankan fungsi kehakiman di luar sistem kehakiman biasa. badan kehakiman ini ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu. Badan ini adalah sebuah badan yang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam menjalankan tugasnya. Ia turut berfungsi sebagai badan penyiasat dan membuat keputusan terhadap kes yang difailkan. Sebagai contoh, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna yang difailkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini menjadi satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seseorang pembekal atau pengilang dengan jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00 (2005).

illustratemenggambarkan; menjalankan; mencontohkan; lukiskanPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas