Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.la.ri] | منجالري

Definisi : 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.la.ri] | منجالري

Definisi : 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjalari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri MenMaklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti.Lain-lain25.11.2015

Kembali ke atas