Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lin] | منجالين

Definisi : 1. menganyam (mengepang) ram­but dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyu­sunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. me­nyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. me­wujudkan, menjadikan ada: ~ per­sa­habatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lin] | منجالين

Definisi : 1 menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam: ~ bidai. 2 mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3 menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalin
Kata Terbitan : berjalin, berjalin-jalin, menjalin, terjalin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menjalin karatmenjalin karatKesenianTiadaProses mengemaskan bahagian atas karat dengan mengikat benang karat berberkas dengan benang asing pada geligin supaya kukuh.
texturingmenjalinKomunikasiTiadaTiada
weaving volumeisi padu menjalinKejuruteraanTiadaTiada
press relationsperhubungan akhbarKomunikasiTiadaTindakan menjalin dan mempertingkatkan hubungan antara organisasi atau individu dengan wakil media massa khususnya para wartawan.
Portuguese border stitchjahit sibar PortugisKesenianTiadaJahit sulam dengan menjalin beberapa siri jahit bertingkat dan dililitkan benang di antara dua mata jahitan untuk membentuk jahit bulu ayam.
susuloh Du.susuloh Du.KesenianTiadaJarum berbentuk leper daripada besi, berlubang dua di bahagian hujung, digunakan untuk menjalin rotan.
thong beltkendit bertaliKesenianTiadaTali pinggang kulit, lebar, berlubang mendatang pada kedua-dua hujungnya dan dikancing dengan menjalin tali kulitnya.
port meteorological liaison officerpegawai perhubungan meteorologi pelabuhanMeteorologiMeteorologi PerhubunganPegawai perhubungan meteorologi yang ditugaskan dipelabuhan utama yang tugasnya menjalin hubungan dengan pemerhati memeriksa peralatan, memberi nasihat, dan menghubungi penguat kuasa kapal untuk mendapatkan kerjasama pemerhati dalam mengendalikan stesen kapal bergerak.
benang asingbenang asingKesenianTiadaBenang daripada nilon, guni, jerami dan lain-lain yang digunakan sebagai alat bantu menenun seperti membuat karat, mengikat butang, mengikat sumbi dan genu serta menjalin karat.
Baghdad PactPakatan BaghdadSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan yang ditubuhkan pada tahun 1955 di Baghdad, Iraq hasil daripada persetujuan antara pemimpin Iraq dengan Turki. Tujuan pakatan ini adalah untuk menjalin kerjasama keamanan dan pertahanan. Kedua-dua negara bersedia memberikan bantuan ketenteraan kepada negara Timur Tengah sekiranya diminta. Pakatan ini kemudiannya turut disertai oleh Britain (April 1955), Pakistan (September 1955) dan Iran (Oktober 1955). Pada tahun 1959, Iraq keluar daripada pakatan tersebut berikutan peristiwa kudeta yang berlaku pada 14 Ogos 1958.
12

Kembali ke atas