Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.mah] | منجامه

Definisi : 1. menyentuh (dgn tangan dsb), memegang; 2. makan sedikit, merasa: seumur hidupnya dia belum pernah ~ ma­kanan spt itu; 3. ki menyetubuhi, me­niduri (perempuan): gadis yg sudah dijamah orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.mah] | منجامه

Definisi : 1 memegang atau menyentuh dgn tangan: Ia ~ pipi bayi yg gembung itu. 2 merasa (sedikit); makan (sedikit): Saya belum pernah ~ kuih yg begini sedap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamah
Kata Terbitan : menjamah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. Tatabahasa02.01.2011
1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut. 2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni. 3. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Tuan, bolehkah ayat-ayat di atas dijadikan ayat tunggal?
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek  dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN)  manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan"  berfungsi sebagai keterangan.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal.
Tatabahasa14.05.2020
Salam, adakah 'sebelum' dan 'selepas' merupakan kata hubung? Ayat contoh: 1. Saya membasuh tangan sebelum menjamah makanan. 2. Ayah pergi bekerja selepas bersarapan. Terima kasih.'Kata selepas' dan 'sebelum' termasuk dalam kata penghubung. Jika kata tersebut digunakan dalam ayat, biasanya ayat tersebut merupakan ayat majmuk.Lain-lain16.06.2017
apakah perbezaan antara merasa dengan merasa-rasa? Nampaknya maksud dua perkataan ini sama sahaja.Menurut Kamus Pelajar, merasa diberikan makna mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah, contoh ayat:  Ibu hendak merasa kuih yang saya buat. Manakala merasa-rasa  pula diberikan makna meraba-raba (menjamah) untuk mengetahui kasar halus­nya  atau berat ringannya sesuatu benda.Tatabahasa18.03.2014

Kembali ke atas