Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : , menjangkakan 1. menetap­kan waktu (ukuran) atau apa yg harus di­kerjakan (dan masanya): pekerjaan itu di­jangka siap dlm masa satu tahun; 2. men­duga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : 1 memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2 mengukur dgn jangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain20.05.2014
Salam dan terima kasih atas bantuan pihak Tuan/Puan. Dalam konteks perniagaan/perdagangan, istilah "whipsaw" merujuk kepada pergerakan harga yang pantas diikuti oleh perubahan harga yang mendadak ke arah yang bertentangan. Seorang pelabur yang menjangka penerusan ke arah pergerakan harga saham yang selamat mungkin mengalami "whipsaw" dalam pasaran saham yang turun naik. Apakah terjemahan "whipsaw" yang sesuai (jika ada)?Belum ada terjemahan whipsaw dalam Bahasa Melayu. Terjemahan yang paling hampir untuk menerangkan situasi yang tersebut secara umum ialah ialah pergerakan - pergerakan harga saham.Penyemakan dan penterjemahan22.08.2019

Kembali ke atas