Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jang.kau] | منجاڠکاو

Definisi : 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.kau] | منجاڠکاو

Definisi : menghulurkan tangan ke hadapan utk mencapai sesuatu: Ia ~ beg tangan yg ada di atas meja itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjangkau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH PAYA ALLEN

Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970

kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau

dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly,

dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin

dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen

janakuasa tertentu.

UMUM 
REVOLUSI PERANCIS

Revolusi Perancis membawa perubahan besar

dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi

ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun

1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh

ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini

memperkenalkan prinsip demokrasi kepada

Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi

negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi

ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi

oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan

kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula,

raja, golongan bangsawan atau golongan yang

mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi

boleh menganggap kuasa mereka tidak akan

tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip

kebebasan dan kesamaan.

UMUM 
LUKISAN PRASEJARAH

LUKISAN PRASEJARAH, lukisan pada zaman prasejarah sebelum tulisan dicipta. Zaman prasejarah menjangkau hingga empat juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, lukisan prasejarah hanya wujud sekitar 30 000 tahun dahulu di beberapa tempat di dunia. Lukisan prasejarah yang terkenal di dunia terdapat di Lascaux, Perancis dan Altamarira, Sepanyol. Biasanya lukisan prasejarah dilukis pada dinding-dinding gua. Di Malaysia, lukisan prasejarah lebih muda dan kelihatan di Gua Kain Hitam (dekat Gua Niah) dan Gua Tambun (Ipoh).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
GUNUNG KINABALU

GUNUNG KINABALU, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini terletak di banjaran Crocker pada garis lintang 6 34’ U dan garis bujur  116 33’ T lebih kurang 90 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Ketinggiannya menjangkau hingga 4101 m dari paras laut. Pada tahun 1964, Taman Kinabalu ditubuhkan merangkumi kawasan gunung dan sekitarnya seluas 76 700 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KOTA TAMPAN

KOTA TAMPAN,  tapak arkeologi yang tertua di Semenanjung Malaysia berusia 30 000 hingga 34 000 tahun. Kota Tampan terletak lebih kurang 5 km dari pekan Lenggong, Perak. Kawasan yang luas ini merangkumi Kampung Kota Tampan, Air, Bukit Kota Tampan, Kampung Baru Kota Tampan, Ladang Kota Tampan dan Kampung Kota Tampan. Sebelum penemuan Kota Tampan, prasejarah di Semenanjung Malaysia hanya menjangkau 6000 tahun dahulu, iaitu tapak Gua Cha di Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas