Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jang.kau] | منجاڠکاو

Definisi : 1. menghulurkan tangan utk mencapai sesuatu: dia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dlm kocek; ~ langit sangat tinggi (bangunan, menara, dll); 2. ki mencapai, mencakupi; ~ sehabis tangan prb berusaha dgn bersungguh-sungguh (utk mencapai maksudnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.kau] | منجاڠکاو

Definisi : menghulurkan tangan ke hadapan utk mencapai sesuatu: Ia ~ beg tangan yg ada di atas meja itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjangkau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solar spectrumspektrum suriaMatematikTiadaSpektrum matahari yang julatnya menjangkau dari panjang gelombang sinar gama hingga ke panjang gelombang radio.
presbyopiapresbiopiaBiologiFisiologiPerubahan fisiologi penyesuaian mata ketika usia menjangkau tua, yang biasa bermula apabila titik dekat penglihatan melebihi 22 cm (9 inci). Keadaan ini berlaku kerana kehilangan kekenyalan kanta mata.
drilled welltelaga gerudiGeologiTiadaTelaga yang digali dengan menggunakan alat gerudi yang dapat menjangkau ke kedalaman lebih daripada 20,000 kaki.
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.
fundamental motor patterncorak motor fundamentalSains SukanBiomekanikCorak lakuan motor yang asas, biasanya dapat diperhatikan pada kanak-kanak sebelum menjangkau umur prasekolah. Corak lakuan ini perlu dicapai sebelum corak lakuan yang matang diperoleh. Dalam sains sukan, proses mengenal pasti bakat sukan melibatkan penilaian kecekapan dalam mempamerkan corak lakuan yang matang.
separation anxietykeresahan pemisahanPergigianTiadaPerasaan takut ditinggalkan ibu bapa yang dialami oleh kanak-kanak. Perasaan ini mula dirasai oleh kanak-kanak apabila menjangkau usia enam bulan dan meningkat antara usia 13 - 18 bulan dan menurun pada usia selepas itu.
eruption sequencesusunan pengeruptanPergigianTiadaAturan erupsi gigi mengikut kronologi pertumbuhan kegigian. Gigi desidus akan mula erupt semasa bayi berusia enam bulan hingga menjangkau dua setengah tahun. Kebiasaannya gigi desidus yang pertama erupt ialah gigi insisor sentral bawah diikuti dengan insisor sentral atas, insisor lateral bawah, insisor lateral atas, molar pertama, kanin dan terakhir ialah gigi molar kedua. Gigi kekal akan mula erupt pada usia enam tahun sehingga gigi terakhir pada usia 18 hingga 21 tahun. Walau bagaimanapun, gigi mungkin erupt awal atau lewat sedikit daripada usia sepatutnya gigi tumbuh.
Donati's cometkomet DonatiMatematikTiadaSalah satu komet yang terbesar yang dapat dilihat dengan mata kasar selama 112 hari pada tahun 1858. Ekornya sepanjang 50 juta batu dan orbit menjangkau kira-kira 10 kali jarak Neptune dan kalanya kira-kira 2000 tahun. Namanya mengambil sempena D. Donati, ahli falak Itali yang pertama mencerap komet ini.
long term planningperancangan jangka panjangPentadbiranPentadbiran Awam

Perencanaan yang sistematik mengikuti prosedur dan strategi tertentu yang dilaksanakan bagi mencapai sesuatu objektif jangka panjang. Biasanya perancangan ini melibatkan tempoh masa yang lama menjangkau lima tahun ke atas. Perancangan yang rapi dan penggubalan keputusan ini biasanya dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan atau pemerintah bagi memastikan perancangan dapat disempurnakan secara berkesan. Contoh, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan merupakan perancangan jangka panjang beberapa dekad.

cloud absorptionpenyerapan awanSainsHidrometeorologiPenyerapan sinaran elektromagnet oleh titisan air dan wap air di dalam awan. Bagi penyuriaan (sinaran suria masuk) awan menyerap hanya sebahagian kecil, terutama yang kepanjangan gelombangnya lebih pendek. Bagi ketebalan awan yang menjangkau 20 000 kaki, pengukuran menunjukkan penyerapan kurang daripada 30 peratus. Lapisan yang berketebalan satu atau dua ribu kaki hanya menyerap sekitar 5 peratus. Walau bagaimanapun, bagi sinaran terestrial gelombang panjang, lapisan awan yang sangat nipis pun bertindak sebagai penyerap jasad hitam yang hampir sempurna.
12

Kembali ke atas