Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jang.ki.ti] | منجاڠکيتي

Definisi : menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.ki.ti] | منجاڠکيتي

Definisi : merebak kpd (bkn penyakit); menulari: Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangkit
Kata Terbitan : berjangkit, menjangkiti, menjangkitkan, terjangkit, penjangkitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bimodal virusvirus bimodalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang biasanya menjangkiti sektor but dan fail secara serentak. Virus ini boleh menjangkiti pelbagai jenis objek dan merebak dalam pelbagai cara.
solo pathogenpatogen soloBiologiPatologiPatogen yang mempunyai inokulum yang biasanya tidak mampu menjangkiti perumah tetapi kemudian mampu berbuat demikian setelah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, ustilospora kulat smut pada jagung (Ustilago maydis) biasanya tidak mampu menjangkiti perumahnya kerana kulat tersebut berada dalam peringkat haploid. Oleh sebab terdapat gangguan dalam proses meiosisnya maka ustilospora tersebut menjadi diploid, dan seterusnya patogenik.
sector virusvirus sektorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but.
virusvirusTeknologi MaklumatPerisianSejenis kod hasad yang menjangkiti fail atau atur cara dalam sistem komputer apabila komputer dijalankan. Virus biasanya mempunyai muat beban yang boleh mengganggu kestabilan sistem komputer seperti memadam fail, menggunakan kuasa CPU komputer dan mencuri maklumat pengguna. Pengatur cara virus biasanya menyebarkan virus melalui mel elektronik. Aplikasi antivirus sangat penting untuk melenyapkan atau mengasingkan virus yang telah menjangkiti sistem komputer. Virus pertama yang ditemui ialah virus sektor but yang disebut Brain. Virus lain yang berbahaya ialah virus CIH atau Chernobyl.
bacteriophagebakteriofajBiologiMikrobiologiVirus yang menjangkiti bakteria. Kepala virus ini berbentuk polihedron, ekornya pendek, dan seluruh badan diselaputi protein. Virus ini menyerang bakteria dengan memasukkan molekul DNA ke dalam bakteria tersebut melalui ekornya.
contagiumpenjangkitPerubatanTiadaAgen yang menjangkiti manusia atau haiwan, yang menyebabkan penyakit berjangkit suaan. Misalnya, virus dan bakteria.
blastomycosisblastomikosisPerubatanTiadaJangkitan berkulat yang menjangkiti kulit, paru-paru atau bahagian tubuh lain yang disebabkan oleh kulat daripada genus Blastomyces.
adenovirusadenovirusBiologiMikrobiologiKumpulan virus yang menjangkiti salur penafasan atas. virus ini tidak begitu virulen jika dibandingkan dengan virus influenza.
dermatophytedermatofitPerubatanTiadaSekumpulan kulat yang menjangkiti permukaan kulit, misalnya kulat daripada genus Microsporum, Epidermophyton dan Trichophyton.
bacteriophagebakteriofajFizikNanoteknologiSebarang virus yang menjangkiti sel bakteria yang setiap satunya mempunyai julat penghunian yang kecil. Saiz kepalanya ialah 40 nm, lebar badannya ialah 13 nm dan panjang ekornya ialah 100 nm. Sinonim faj.
1234567

Kembali ke atas