Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jan.ji.kan] | منجنجيکن

Definisi : 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jan.ji.kan] | منجنجيکن

Definisi : menyatakan kesediaan utk membuat sesuatu; berjanji akan membuat atau akan memberikan sesuatu: Ia ~ sepasang pakaian kpd adiknya jika ia lulus dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bottom-hole contractkontrak dasar lubangKejuruteraanPetroleumKontrak yang menjanjikan serta membuat bayaran dalam bentuk wang atau dalam bentuk wang atau dalam bentuk ganjaran lain kepada pihak yang dapat menyempurnakan penggerudian serta pelengkap telaga hingga mencapai kedalaman yang telah ditentukan.
fad dietdiet fadMakanan dan PemakananPemakananJenis diet yang menjanjikan penurunan berat badan secara pantas, biasanya melalui diet yang tidak sihat dan tidak seimbang. Diet ini disasarkan kepada individu yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas tanpa melakukan senaman. Penggunaan sesetengah diet ini boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Contohnya, diet Atkins, diet tinggi protein dan diet rendah lemak.
bondbonEkonomiTiadaSurat tuntutan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan yang menjanjikan bayaran pokok dan bunga pada kadar tertentu pada suatu tarikh yang ditetapkan. Misalnya, bon pinjaman dan bon kerajaan.
pay off techniqueteknik ganjaranKomunikasiTiadaTeknik pemujukan yang dilakukan terhadap khalayak dengan menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
sanad qard al-hasanbon qardulhasanPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta tanpa menjanjikan pulangan yang tetap. Contohnya, Sijil Pelaburan Kerajaan Malaysia yang pernah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak Bank Negara telah memberi pulangan dalam bentuk hibah dan instrumen ini boleh diurus niaga di pasaran hutang.
capital bondbon modalinsuransTiadaKontrak sama ada di dalam bentuk anuiti tertunda dengan opsyen bayaran tunai atau insurans hayat yang menjanjikan jumlah bayaran yang lebih besar pada penghujung tempoh kontrak.
capital bondbon modalPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak sama ada di dalam bentuk anuiti tertunda dengan opsyen bayaran tunai atau insurans hayat yang menjanjikan jumlah bayaran yang lebih besar pada penghujung tempoh kontrak.
parasocial theoryteori parasosialKomunikasiTiadaTeori komunikasi yang menyatakan bahawa komunikasi massa berfungsi untuk memenuhi keperluan interaksi manusia. Hal ini dapat dicapai, apabila media massa menjanjikan kesempatan untuk berhubung secara parasosial, iaitu melibatkan masyarakat dalam suasana keakraban tanpa hubungan secara langsung. Contohnya, seorang pengacara televisyen yang berinteraksi dengan penonton seolah-olah mereka turut sama berada di dalam studio.
preauthorizationprakebenaranTeknologi Maklumate-KesihatanKebenaran yang diberikan oleh syarikat atau pelan insurans kesihatan berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan, rancangan rawatan, preskripsi ubat atau penggunaan kelengkapan perubatan dalam jangka masa panjang. Prakebenaran tidak menjanjikan pelan insurans kesihatan tersebut akan menampung kos perkhidmatan yang berkaitan. Prakebenaran juga dikenali sebagai kebenaran awal atau prapensijilan.
customer value propositionsaranan nilai pelangganPengurusanPerancanganPernyataan perniagaan atau pemasaran yang menghuraikan faedah yang akan diperoleh oleh seseorang pelanggan apabila membeli sesuatu produk atau menggunakan sesuatu perkhidmatan. Pernyataan ini disasarkan khusus kepada bakal pelanggan syarikat sebagai satu daya tarikan. Contohnya, syarikat pengeluar tudung terkenal yang menjanjikan nilai dan imej yang tinggi berbanding harga yang dibayar oleh pelanggannya.
12

Kembali ke atas