Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.rah] | منجاره

Definisi : merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah merampas, merompak, menyamun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.rah] | منجاره

Definisi : merebut dan merampas milik orang lain (dlm peperangan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan?

Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut.

Makna28.10.2011
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah yang sering digunakan dalam permainan video iaitu "loot box"? Maklumat mengenai maksud istilah "loot box" adalah seperti di dalam lampiran. Terima kasih.

“Loot” membawa maksud menjarah, merampas atau mencuri. “Loot” juga merupakan slanga yang bermaksud harta (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Pihak kami mencadangkan istilah “peti hasil rampasan” atau “kotak harta” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai, mengikut konteks dan konsep permainan video tersebut.

Istilah07.05.2020

Kembali ke atas