Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ra/.kan] | منجارقکن

Definisi : menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.ra/.kan] | منجارقکن

Definisi : menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengamal-pengamal media elektronik terutamanya televisyen (paling teruk stesen TV swasta) sekarang semakin berleluasa menggunakan apitan "di... kan" secara salah. Mereka kerap menjarakkan "di" daripada perkataan yang diapit oleh "kan" seperti di jalankan atau di agihkan. Minta DBP pantau dan tegur mereka.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, kami sentiasa membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu dalam media, dan DBP dan pihak media sendiri sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu penggunaan bahasa.Lain-lain04.08.2014
saya ingin bertanya susunan perkataan yang betul, untuk makluman syarikat kami mempunyai nama/perkataan yang panjang contoh seperti di bawah:- Yang benar, (ANISAH BINTI AZIZ) Ketua Jabatan Data Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd. Soalan saya adakah betul dari segi bahasa menjarakkan susunan usahawan bumiputera Sdn. Bhd. dalam aktiviti surat menyurat di atas atau yang sebetulnya dari segi perkataan seperti di bawah:- Yang benar, (ANISAH BINTI AZIZ) Ketua Jabatan Data Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd. Mohon penjelasan. Terima KasihSusunan yang betul:

Yang benar,

____________
(ANISAH BINTI AZIZ)
Ketua Jabatan Data,
Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd.
Lain-lain18.09.2015
"Apakah maksud perkataan "jarak-jarak" dalam kata ganda? Tolong jelaskan. Terima kasih."Dalam PRPM, perkataan "jarak-jarak" dikategorikan sebagai istilah dalam bidang Komunikasi yang kata sumbernya ialah drive-out (space-out). Merujuk kepada Kamus Inggeris Melayu DBP, kata space-out bermaksud "menjarakkan".Makna04.10.2013
Saya keliru dengan cara penggunaan perkataan ribu yang dieja seperti berikut: sebanyak RM80.38 ribu. Adakah pengunaan "ribu" betul?

Bentuk penulisan yang betul bagi jumlah tersebut ialah RM80 380. Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, untuk menyatakan jumlah ringgit yang besar, unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta perlu dieja, atau turunkan semua nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Ejaan05.11.2021
salam 1 Malaysia. saya memohon penjelasan sama ada perkataan 'disebalik' dalam ayat berikut perlu dijarakkan atau digabungkan: 1. Disebalik kejayaan pelajar di peringkat antarabangsa 2. Disebalik pelbagai pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan, tugas mengajar adalah sesuatu yang ‘unik’ berbanding dengan kerjaya yang lain terima kasih. sekian. sekian terima kasih.Untuk makluman, perkataan di sebalik yang membawa maksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara, mesti dieja dengan cara menjarakkan kedua-dua perkataa tersebut dan tidak boleh dirapatkan.Tatabahasa03.12.2015
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih.

Contoh ayat:

1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok.

2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga

3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan.

4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan.  

5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas.

Istilah22.06.2010
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Contoh:

1.     RM1 juta

2.     RM1 000 000.00

Ejaan11.03.2020

Kembali ke atas