Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ring.kan] | منجاريڠکن

Definisi : memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat ~ empat gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.ring.kan] | منجاريڠکن

Definisi : memasukkan ke dlm jaring: ~ bola memasukkan bola ke dlm jaring (gol). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjaringkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan 'penjaring' digunakan untuk 'pemain yang cuba menjaringkan gol tetapi tidak berjaya' atau hanya digunakan untuk 'pemain yang telah berjaya menjaringkan gol' ataupun kedua-dua pun boleh? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penjaring ialah orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak.
Lebih sesuai menggunakan perkataan pemain jika belum menjaringkan gol.
Tatabahasa03.10.2012
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
"Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol. " soalan saya . gramatiskah ayat tersebut yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama ' daripada 'yang tidak diikuti kata nama selepasnya ? adakah berlakunya proses pengguguran frasa nama selepas kata sendi tersebut.?
Ayat yang gramatis ialah "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan daripada  pihak lawan untuk menjaringkan gol. "

Tatabahasa12.09.2013
walaupun telah dikawalrapi, pemain penyerang itu masih dapat meluluskan dirinya untuk menjaringkan gol dalam perlawanan. perkataan meluluskan boleh digunakan dalam ayat ini?Perkataan meluluskan tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang paling tepat ialah meloloskan.T.kasih.Makna06.08.2008
Apakah kata penguat paling sesuai utk ayat di bawah: Ali hebat (benar , amat, sungguh) kerana telah menjaringkan gol kemenangan. Dalam hal ini bilakah penggunaan penguat belang benar yg sesuai?Ketiga-tiga kata penguat tersebut boleh digunakan. Penggunaan kata penguat belakang "benar" sama seperti kata penguat belakang yang lain, iaitu sekali, nian dan betul. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 260.Tatabahasa16.08.2011
Dimanakah lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol? Contoh ayat : Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama mencetak/mencatat 100 gol dalam saingan Liga MalaysiaAyat yang tepat ialah: Indera Putra Mahayuddin menjadi pemain tempatan pertama menjaringkan 100 gol dalam saingan Liga Malaysia.Tatabahasa28.04.2019
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) yang mana vs di mana 2) jaringan vs penjaringan 3) akhbar vs suratkhabar

1. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Kata 'di mana' hanya sesuai digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?
Frasa "yang mana" pula tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris.

2. Dalam data kami jaringan bermaksud sesuatu yang menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yang telah masuk (dlm) jaring; Jaringan bagi maksud ini  merupakan padanan bagi shooting dalam bahasa Inggeris. Manakala jaringan yang kedua merupakan padanan juga bagi perkataan networking yang membawa maksud jajaran atau hubungan dalam sesuatu. Manakala penjaringan pula ialah perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan.

 

3. Perkataan surat khabar bermaksud naskhah (lembar­an kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, manakala akhbar (Arab) (jamak bagi khabar) berita, warta; .


Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016

Kembali ke atas