Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jau.hi] | منجاءوهي

Definisi : menjauhkan diri drpd, meng­hindari: orang kampung berdoa supaya di­jauhi drpd mara bahaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jau.hi] | منجاءوهي

Definisi : pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku"Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan  sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. Tatabahasa06.03.2008
Salam, antara frasa di bawah ini, yang manakah betul? A. Menjauhi diri daripada merokok B. Menjauhkan diri daripada merokok Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah Menjauhkan diri daripada merokok.Tatabahasa14.11.2012
Apa terjemahan 'restraining order' yang membawa maksud perintah daripada mahkamah supaya seseorang menjauhi daripada seseorang yang lain?Cadangan terjemahan restraining order ialah "perintah pembatas atau perintah perlindungan"Makna06.08.2022
Saya ingin pastikan bahawa kempen slogan yang betul di mana Bahasa Melayu adalah "TAHU KESELAMATAN, TIADA KEMALANGAN" dari alih bahasa perkataan Bahasa Inggerisnya KNOW SAFETY, NO ACCIDENT

Cadangan kami ialah KETAHUI KESELAMATAN, MENJAUHI KEMALANGAN

Lain-lain10.11.2011

Kembali ke atas