Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.wab] | منجواب

Definisi : membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.wab] | منجواب

Definisi : membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Peribahasa

Bagai mengatai tunggak (= tunggul).

Bermaksud :

Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat?Ayat no.2 lebih tepat.Tatabahasa04.02.2008
Dalam penulisan, bagaimanakah kita menjawab soalan, "Apa khabar?" - Adakah jawapan yang gramatis, "Saya khabar baik" atau, "Khabar saya baik"? - Cukupkah sekadar menjawab, "Khabar baik"? Misalnya dalam menjawab e-mel seorang rakan.Jika untuk penggunaan lazim seperti dalam e-mel, jawapan "Khabar baik" sudah memadai. Jika untuk tujuan peperiksaan mohon rujuk kepada guru bahasa Melayu.Tatabahasa19.02.2018
Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu jam sentengah. Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. Mana yang betul. Satu jam setengah atau satu setengah jam?Ayat yang tepat ialah:Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. (letakkan unit di bahagian paling akhir:  Satu setengah meter, satu setengah kilo, atau satu setengah liter)Lain-lain03.11.2016
“Erk… ’kau panggil aku? Maaflah, serabut sikit otak aku sekarang ni,” Amri menjawab dengan perlahannya. Adakah ayat di atas baku? Frasa kerja "menjawab dengan perlahannya" seolah-olah tidak baku ketika tiada objek yang menyusuli kata kerja transitif "menjawab". Namun demikian, saya berpandangan bahawa objek sudah dimaklumi umum, iaitu pihak sasaran yang telah dinyatakan nama dalam ayat sebelumnya, jadi tidak perlu objek itu ditulis lagi. Apakah pandangan tuan?Dalam karya sastera, bentuk penulisan tidak sama dengan bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, ayat yang betul ialah "Erk... kau panggil aku? Maaflah, serabut sikit otak aku sekarang ni" Amri menjawab dengan perlahan.Lain-lain19.06.2020
Untuk menjawab soalan komsas peringkat spm, yang manakah sesuai? a ) nilai bersatu padu atau nilai perpaduan ? b) nilai bertanggungjawab atau nilai tanggungjawab?Untuk tujuan peperiksaan, kami mencadangkan tuan merujuk terus kepada guru bahasa Melayu di sekolah kerana mereka lebih mengetahui aspek teknikal peperiksaan. Dari aspek bahasa, keempat-empat fras itu boleh digunakan dalam konteks yang sesuai.Tatabahasa10.07.2015
2.bengkel cara-cara menjawab soalan atau bengkel cara-cara jawab soalan ? MUNSYI, SAYA PERNAH MEMBACA BUKU MUNSYI GHALIB BAHAWA HUKUMAN ROTAN, TAPAK BUANG SAMPAH, maka, saya kekeliruan sama ada betul untuk frasa "cara menjawab soalan" ? TKFrasa yang betul ialah "bengkel cara-cara menjawab soalan". Lazimnya kata dasar digunakan dalam arahan seperti "sila jawab soalan".Tatabahasa15.04.2012
apakah format menjawab esei geografi kertas 2 stpm? adakah FAKTA,HURAIAN,CONTOHMohon maaf, soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak yang berkaitan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan.Lain-lain21.06.2010
Berdasarkan soalan yang saya kemukakan semalam, pihak tuan tidak menjawab soalan saya. Saya bertanya tentang suku kata tetapi pihak tuan menjawab tentang ejaan. Saya mahu tahu perkataan Kaabah terdiri daripada berapa suku kata? Dua suku kata atau tiga suku kata. Bagaimanakah mahu mengenal pasti pembahagian suku kata ini bagi perkataan yang mempunyai vokal berganding. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini. Terima kasih.Perkataan Kaabah mempunyai dua suku kata. Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Lain-lain18.12.2015
Tuan Munsyi, adakah kata "jitu" seerti kata "betul"? Jadi, adakah kata "betul" dapat diganti dengan kata "jitu" dalam ayat ini: 1. Dia menjawab soalan itu dengan betulnya. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitunya.Maksud "jitu" ialah "paling tepat". Kedua-dua ayat di atas adalah betul, tetapi perkataan "nya" perlu dibuang, iaitu  1. Dia menjawab soalan itu dengan betul. 2. Dia menjawab soalan itu dengan jitu.Tatabahasa05.05.2015
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas