Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.wat] | منجاوت

Definisi : 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, me­nerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu ke­dudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.wat] | منجاوت

Definisi : 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh, YB Menteri bernama ABC menjawat jawatan berkenaan pada 2009-2013, kini jawatan berkenaan disandang YB bernama XYZ dari 2013 hingga kini.. Sekiranya pada tahun 2021 kita menulis sesuatu yang berlaku pada tahun 2010, perlukah ditambah 'mantan' pada YB Menteri bernama ABC berkenaan? Contoh ayat: Pada 12 Januari 2010, 'mantan' YB Menteri telah bersetuju supaya.... Mohon bimbingan dan pandangan tuan.
Ayat yang betul ialah Pada 12 Januari 2010, YB Menteri telah bersetuju supaya ...

Perkataan "mantan" tidak perlu ditambah dalam ayat ini kerana pada tarikh yang dinyatakan, jawatan tersebut sedang disandang oleh YB Menteri yang dinyatakan.
Tatabahasa12.12.2021
MantanMaknanya ialah dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas.Makna21.08.2009
apakah makna perkataan MANTANMantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas.Makna20.01.2007
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan"Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh.Ejaan18.01.2008
Mengapakah soseorang yang ingin bekerja itu memerlukan melalui proses temuduga?Temu duga diperlukan untuk menapis calon-calon dan menguji tahap kemampuan dan kemahiran calon untuk menjawat sesuatu jawatan.Lain-lain29.01.2019
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini.

Sdr,

Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini.

Lain-lain16.02.2008
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008
apakah perbezaan antara perkataan 'mantan' dan 'bekas' dan dalam konteks apakah perkataan-perkataan ini digunakan? bolehkah 'mantan' digunakan dalam frasa 'mantan pegawai kanan' ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mantan ialah dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu. Jadi, kedua-duanya boleh digunakan.Makna29.07.2010
Tuan/Puan, Saya agak keliru bila dikatakan perkataan "Bekas" lebih sesuai digunakan kepada pegawai tinggi yang telah bersara berbanding perkataan "Mantan". Ini kerana bila disemak di Kamus DBP, perkataan "Mantan" digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. Oleh itu saya berpendapat perkataan "Mantan" yang lebih sesuai digunakan. Adakah pemahaman saya telah tersilap atau kedua-duanya boleh digunakan? Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa14.02.2017
Askm.. mohon penjelasan berkenaan maksud : 1. Mantan - dikatakan memberi maksud bekas penjawat yang tiada hala tuju. Penggunaan perkataan mana lebih baik utk: A) Bekas guru besar B) Mantan guru besar. Terima kasihMenurut Kamus Dewan terbitan DBP, mantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas. Sebagai contoh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. Kedua-dua jawapan A dan B adalah betul.Makna14.01.2018
12

Kembali ke atas