Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.wat] | منجاوت

Definisi : 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, me­nerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu ke­dudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.wat] | منجاوت

Definisi : 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
right accessionhak menyandang; hak menjawat;; hak menaiki (takhta)SejarahTiadaTiada
right ascensionhak menyandang; hak menjawat;; hak menaiki (takhta)SejarahTiadaTiada
right ascensionhak menyandang; hak menjawat;jarak hamal/penaikan mustakim ; hak menaiki (takhta)MatematikTiadaJarak hamal: Koordinat samawi, iaitu jarak sudut yang diambil di sepanjang khatulistiwa samawi dari ekuinoks musim bunga ke timur ke bulatan jam jasad samawi yang ditentukan.
assume (office; authority)jawat (jabatan; hak kuasa)SejarahTiadaPerbuatan menjawat, menjabat, menyandang atau memegang sesuatu jawatan.
electpilihSejarahTiadaOrang-orang yang terpilih kerana kecemerlangannya untuk menjawat sesuatu kedudukan tetapi belum dilantik.
attributessifat khususUndang-undangTiadaPerlakuan, keadaan mental dan fizikal tertentu seseorang yang menjadi syarat untuk menjawat sesuatu jawatan penting.
empowermentpemerkasaanPengurusanPerancanganPenurunan kuasa sah kepada subordinat yang melibatkan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi. Tindakan ini diambil bagi mengurangkan bebanan ketua daripada tugas yang berbentuk rutin atau mudah. Melalui pemerkasaan juga, seseorang subordinat dapat dilatih untuk memikul tanggungjawab dan membentuk prinsip kebertanggungjawaban yang lebih luas sebagai persediaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Lihat juga penugasan.
public servantkakitangan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang berkhidmat dalam sektor awam yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan bidang tugas tertentu. Kakitangan awam atau pekerja kerajaan ini bertanggungjawab secara kolektif untuk memastikan matlamat, misi dan wawasan negara dapat dicapai sepenuhnya. Kakitangan awam boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat tertentu bermula daripada kakitangan peringkat rendah sehingga kepada Ketua Setiausaha Negara. Tugas utama kakitangan awam lebih tertumpu kepada perkhidmatan dan bukan bersifat keuntungan. Kumpulan ini juga tertakluk kepada Perintah Am Perkhidmatan Awam sebagai garis panduan kerja. Biasanya, kakitangan awam akan menjawat jawatan mereka sehingga berumur 56 tahun.

majoritarian systemsistem majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk sistem yang mempunyai kaitan dengan sokongan atau pemilihan terbanyak. Sistem ini dapat dilihat semasa proses pilihan raya dan juga dalam soal pemilihan ketua atau pemimpin. Dalam sesebuah negara, parti yang menang besar dalam pilihan raya akan membentuk kerajaan dan seterusnya menjalankan dasar pemerintahan. Pemimpin parti tersebut akan dipilih sebagai ketua kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Contohnya, pemimpin parti yang mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen akan menjawat jawatan Perdana Menteri.
social mobilitymobiIiti sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya.

Kembali ke atas