Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ya.kan] | منجاياکن

Definisi : menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.ya.kan] | منجاياکن

Definisi : menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
change agentagen perubahanPendidikanTiadaSeseorang yang bertindak sebagai pemangkin untuk menjayakan sesuatu perubahan.
launch windowjendela pelancaranAeroangkasaTiadaTempoh yang membenarkan pesawat dilancarkan bagi menjayakan suatu misi.
ensembleensembelKesusasteraanTiadaInteraksi dinamik dan jalinan usaha barisan artis dalam menjayakan sebuah produksi teater.
strategic leadershipkepemimpinan strategikPengurusanPerancanganPendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi dalam menjayakan matlamat organisasi untuk berdaya saing. Kepemimpinan strategik menekankan kemampuan pihak pengurusan atasan untuk memotivasikan dan meyakinkan ahli organisasi dalam mendukung wawasan organisasi yang telah ditetapkan. Contohnya, pendekatan strategik pemimpin institusi pengajian tinggi yang mempunyai wawasan untuk meletakkan organisasi mereka setanding dengan universiti tersohor di dunia. Pemimpin tersebut perlu berupaya meyakinkan warga universiti keseluruhannya untuk bersama-sama merealisasikan wawasan tersebut.
strategy implementationpelaksanaan strategiPengurusanPerancanganAktiviti pengurusan oleh organisasi dalam merealisasikan sesuatu perancangan strategik. Langkah-langkah dalam menjayakan pelaksanaan strategi termasuk memastikan objektif yang jelas, menyediakan sumber yang mencukupi dan mengamalkan pendekatan pengurusan yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran organisasi. Lihat juga pengurusan strategik.
MDC (Multimedia Development Corporation)MDC (Perbadanan Pembangunan Multimedia)Teknologi MaklumatTiadaSebuah syarikat kerajaan Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan dan menjayakan MSC.
context of implementationkonteks pelaksanaanPentadbiranPentadbiran Awam

Skop, aspek atau pendekatan yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan dan menjayakan projek atau program. Konteks pelaksanaan merangkumi tindakan menyeluruh bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat pemantauan bagi menilai dan mengenal pasti kejayaan sesuatu projek atau program yang dibuat. Konteks pelaksanaan juga berfungsi sebagai garis panduan terhadap sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, konteks pelaksanaan sesebuah projek mega mungkin akan dipecahkan kepada beberapa fasa tertentu bagi memastikan setiap aktiviti dapat memenuhi matlamat dan justifikasi yang ditetapkan.

dramatic ironyironi dramatikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi.
declarative languagebahasa pengisytiharanTeknologi MaklumatTiadaBahasa pengaturcaraan yang membebaskan pengatur cara daripada menentukan tatacara yang tepat dan perlu diikuti oleh komputer untuk menjayakan sesuatu tugas. Malah, pengguna yang menyatakan apa yang dikehendaki pada atur cara tersebut.
steering committeejawatankuasa pemandu/panduPentadbiranPentadbiran Awam

Satu kumpulan yang dibentuk yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesebuah organisasi untuk menyempurnakan dan menjayakan pelaksanaan sasebuah aktiviti, projek atau program. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam memastikan setiap tugas yang perlu dilakukan dijalankan dengan teratur, mengikut masa dan sempurna. Biasanya diketuai oleh seorang pakar bidang atau mereka yang berpengalaman. Contoh, jawankuasa persidangan, Jawatankuasa Perancangan Bandar, Komuniti Bestari dan sebagainya. Sinonim jawatankuasa pandu

123

Kembali ke atas