Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jel.ma.kan] | منجلماکن

Definisi : ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jel.ma.kan] | منجلماکن

Definisi : 1 menukarkan diri menjadi sesuatu yg lain: Ahli sihir itu ~ dirinya sbg orang muda. 2 memasukkan jiwa atau perasaan dlm sesuatu: Ia ~ fahaman-fahaman politiknya dlm novelnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelma
Kata Terbitan : menjelma, menjelmakan, terjelma,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul ? a) Melalui pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Terdapat kesalahan ejaan (tiada perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat) iaitu "pengtahapan". Sila betulkan perkataan tersebut terlebih dahulu supaya kami dapat memberi jawapan yang tepat.Ejaan20.08.2014
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan.Tatabahasa25.08.2014

Kembali ke atas