Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.lua/] | منجلواق

Definisi : 1. berbunyi sewaktu hendak muntah, muntah (kerana terlalu kenyang); 2. Kl melimpah (air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jeluak
Kata Terbitan : menjeluak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
copper poisoningkeracunan tembagaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan sebatian kuprum. Had pendedahan kepada sebatian kuprum ialah 2 ppm. Tanda utama keradinan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan ialah pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan larutan ion kuprum pada kulit secara berulang mungkin menyebabkan tindak balas eritematus, papul, dan granulomatus pada sesetengah individu. Penyedutan semburan yang mengandungi kuprum dikaitkan dengan kejadian kanser paru-paru dan kemungkinan kerosakan hepar. Dalam penemuan makmal, urinalisis mungkin menunjukkan hematuria dan proteinuria yang menandakan kerosakan renal. Penemuan patologi termasuklah perdarahan gastroenteritis dan kerosakan buah pinggang dan hati. Kematian mungkin berlaku akibat pengingesan 10g kuprum(Il) sulfat.
tin poisoningkeracunan timahKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L.
zinc sulphate poisoningkeracunan zink sulfatKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan zink sulfat, iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, antiseptik, dan pengawetan kayu dan kulit haiwan. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan pada kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi termasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Dos topikal ialah 0.2 % - 1% larutan dan dos oral ialah 2 g dalam 200 mL air.

Kembali ke atas