Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.mur] | منجمور

Definisi : mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi ben­dangnya; ~ dada ki berjalan mem­busungkan dada (sombong); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.mur] | منجمور

Definisi : memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemur
Kata Terbitan : berjemur, menjemur,

Puisi
 

Menjemur kacang di hari panas,
     Isi di nyiru orang seberang;
Sebutir pisang sebutir nanas,
     Mana satu rezeki musang?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Menjemur bangkai ke atas bukit.

Bermaksud :

Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kolobon (Dus.)kolobon (Dus.)KesenianTiadaTikar daripada isi buluh digunakan untuk menjemur padi.
tikar bidai Ib.tikar bidai Ib.KesenianTiadaTikar daripada rotan dan kulit kayu, beranyam kasar, digunakan untuk menjemur padi.
tikar bide Seltikar bide SelKesenianTiadaTikar daripada rotan dan kulit kayu, beranyam kasar, digunakan untuk menjemur padi.
pengayak MSpengayak MSKesenianTiadaBakul kandung daripada rotan, bemban, buluh, yang berbentuk kuali bulat, berbadan leper, berbingkai, beranyam rapat dan digunakan untuk menjemur seperti ikan bilis, ragi, nasi kering dan lain-lain.

Kembali ke atas