Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ji.lat] | منجيلت

Definisi : 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ji.lat] | منجيلت

Definisi : 1 menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan: Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2 mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3 ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjilat

Peribahasa

Menjilat air liur (= ludah).

Bermaksud :

Yang sudah dicela dipuji kembali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
licking syndromesindrom menjilatVeterinarTiadaTiada
licking sicknesspenyakit menjilatVeterinarTiadaTiada
lapping mouthpartbahagian mulut menjilatVeterinarTiadaTiada
zeugmazugmaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang menggunakan satu perkataan untuk menggabungkan dua idea atau perkara yang mempunyai erti yang berlainan. Contoh: Api kebakaran itu menjilat bangunan dan jiwa bangsa Malaysia.
ankyloglossia;ankiloglosiaPergigianTiadaFrenum lidah yang pendek atau mempunyai lekatan yang hampir dengan hujung lidah. Ankiloglosia mengakibatkan gangguan pergerakan lidah dan boleh menyukarkan kanak-kanak ketika menghisap susu atau menjilat makanan serta boleh mempengaruhi pertuturan. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh anomali pembentukan. Pembedahan untuk membetulkan kedudukan frenum lidah ini hanya dilakukan sekiranya fungsi tersebut terganggu. Lidah dibebaskan melalui pembedahan kecil dengan memotong fiber yang mengikatnya pada lantai mulut. Sinonim lidah terikat
coprophagykoprofagiVeterinarTiadaSatu tabiat semula jadi arnab dan sesetengah haiwan yang memakan semula najis lembut yang dikeluarkan. Haiwan-haiwan ini berupaya mengeluarkan dua jenis najis, iaitu najis keras atau kering (najis biasa) dan najis lembut, iaitu daripada sekum. Najis lembut ini dikeluarkan sekali sahaja pada setiap pagi sebelum najis keras dikeluarkan. Haiwan tersebut akan menjilat semula najis ini untuk mendapatkan nutrien seperti elektrolit, protein dan asid amino serta vitamin yang dihasilkan dalam sekum oleh bakteria tertentu. Sebahagian besar nitrogen (60-80%) dalam najis lembut terdiri daripada sel-sel bakteria. Najis lembut ini mengandungi nilai serabut yang rendah di samping kandungan asid organik yang tinggi.

Kembali ke atas