Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ji.rus] | منجيروس

Definisi : menyiram dgn air, mendirus: jangan lupa ~ bunga-bunga yg di tepi rumah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ji.rus] | منجيروس

Definisi : menyiram dgn air: ~ bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjirus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apaka perbezaan di antara menyiram dan menjirus?Menyiram bermaksud mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu, misalnya bunga; mendirus atau menjirus. Menjirus bermaksud menyiram dengan air.Makna09.06.2008
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih.

1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul

2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar

3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok

Tatabahasa10.02.2020
Adakah ayat ini betul. Puan Nadiah Bahiyah MENJIRUS air dari dalam baldi untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah Sekian, terima kasih.Puan Nadiah Bahiyah menjirus pokok bunga di halaman rumah. (Ayat betul)
Puan Nadiah Bahiyah menyiram pokok bunga di halaman rumah. (Ayat Betul)

Menjirus-  merujuk kepada menyiram dengan air (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa13.08.2012
Apakah perbezaan antara menyiram, menjirus dan mendirus? Boleh jelaskan cara penggunaanya? Sekian, terima kasih.Menyiram, menjirus dan mendirus mempunyai maksud yang sama, iaitu mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu.

Tatabahasa09.09.2021
1. “Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu”,”Ali menyalakan tungku gas itu”. Ayat manakah yang betul? 2. “Aini menjirus lantai dengan air”,”Aini menyiram lantai dengan air”.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara “mengintai” dengan “mengintip”? 4. Apakah perbezaan antara “deret” dengan “baris”? 5. “Seekor bangkai itik”. Adakah “seekor” sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. “Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah”,”Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal”. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah Ali mencucuh dapur gas itu.  

2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata menjirus dan menyiram sememangnya dengan air.

3. Kata mengintai dan mengintip sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata.

4. Tidak perlu penjodoh bilangan ‘seekor’ untuk binatang yang telah mati.

5. Ayat yang lebih gramatis ialah Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal.

Tatabahasa23.11.2014
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010

Kembali ke atas