Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjodohkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan untuk pengasah pisau?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk, saiz atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak lazim digandingkan dengan penjodoh bilangan apatah lagi bentuknya kini berubah. Contohnya, dahulu pengasah pisau dibuat dalam bentuk kepingan, maka boleh disebut 'sekeping pengasah pisau'. Tetapi kini pengasah pisau dicipta dalam bentuk yang berbeza, maka penjodoh bilangannya juga perlu berubah sesuai dengan bentuk dan keadaannya.Tatabahasa08.04.2011
SAYA INGIN MENANYA MENGENAI PENGGUNAAN PENJODOH BILANGANPenjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dan sebagainya. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Tatabahasa20.05.2010
Ingin bertanya penjodoh bilangan tergolong di bawah golongan kata yang mana satu? dan bagaimanakah saya boleh mengenal pasti golongan kata bagi perkataan-perkataan bahasa Melayu?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Tatabahasa09.03.2015
1. Dua ekor ayam. 2 Lima biji durian. Dalam frasa di atas ekor dan biji ialah penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan termasuk dalam golongan kata apa? Daripada 16 kata tugas, penjodoh bilangan tidak tersenarai. Apakah golongan kata bagi penjodoh bilangan?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Istilah11.07.2009
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang betul untuk bintang (jika banyak disebut gugus, namun bagaimana pula jika cuma satu bintang?) Saya sedang menulis cerita rakyat: Matahari dan Bulan merupakan pasangan suami isteri. Mereka dikurniai banyak cahaya mata, iaitu bintang-bintang ......... Namun apabila pulang, Bulan mendapati Matahari telah mengingkari perintahnya. Akibatnya, beberapa __________ anaknya telah mati dijilat api. Terima kasih.Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Sungguhpun begitu, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan. Akan tetapi, lazimnya untuk merujuk satu bintang digunakan penjodoh bilang sebutir, iaitu sebutir bintang.Tatabahasa29.12.2015
Assalamualaikum tuan, maaf kerana mengganggu tuan. Saya Nor Atika dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya, pendapat berkaitan dengan penjodoh bilangan. Boleh ke tuan? Saya bersama rakan-rakan saya membuat inovasi berkaitan dengan penjodoh bilangan. Saya ingin meminta pendapat tuan, bagaimana kami ingin menentukan penjodoh bilangan untuk peralatan dalam makmal seperti kelalang kon, bikar, termometer dan sebagainya. Adakah kaedah untuk menentukan penjodoh bilangan untuk perkara seperti itu ya tuan? Dengan ini , saya lampirkan bersama contoh perlatan untuk menentukan penjodoh bilangan yang. Terima kasih tuan atas bantuan tuan.
Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan.
Tatabahasa05.04.2020

Kembali ke atas