Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jual] | منجوال

Definisi : menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jual] | منجوال

Definisi : memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjual

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menjual bunga kedai dimiliki oleh :kamlavalli Enterprise.JM0701350-pSila layari laman web dbpsahbahasa.my bagi permohonan pengesahan bahasa untuk iklan.   Lain-lain05.04.2021
saya telah menyiapkan sebuah buku berkaitan sejarah politik sebuah negara.bagaimanakah saya mahu menjual karya tersebut kepada syarikat penerbitan swasta kerana saya tidak tahu selok belok urusannya dan dikhuatiri akan ditipu.Terima kasih kerana menolong saya...zaidee

Apabila saudara menjual karya kepada sesebuah syarikat swasta bermakna saudara menjual hak cipta saudara. Hal ini bermaksud bahawa karya yang telah dijual itu bukannya milik saudara lagi, tetapi milik syarikat tersebut. Sekiranya saudara berhasrat untuk menjual karya , saudara  boleh pergi  ke mana-mana syarikat dan berbincang tentang harga yang sanggup mereka tawarkan. Akan tetapi, saya mencadangkan agar saudara tidak menjual karya kepada mana-mana syarikat tetapi mengenal pasti syarikat yang berhasrat untuk menerbitkan karya saudara. Apabila karya saudara diterbitkan oleh sesebuah syarikat , saudara perlu dan wajar menandatangani lesen perjanjian penerbitan dengan syarikat tersebut  untuk menjamin hak saudara sebagai penulis dan memperoleh royalti daripada hasil penjualan buku. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Encik Azmi Ibrahim menerusi telefon bimbit yang bernombor 0129338492.  

Lain-lain19.03.2008
Penggunaan tanda baca yang mana lebih tepat?: a) "Itu dia orangnya," kata Nasreen, "yang menjual buku itu kepada Mansor." b) "Itu dia orangnya," kata Nasreen, "Yang menjual buku itu kepada Mansor.""Itu dia orangnya, yang menjual buku itu kepada Mansor" kata Nasreen.Tatabahasa20.01.2012
Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Tatabahasa07.08.2008
Salam. Saya ingin bertanya tentang cara menulis 'dll' yang betul. Contoh ayat: 1. Saya ada menjual buku, pen, pemadam, dll. 2. Saya ada menjual buku, pen, pemadam dll. Cara manakah yang betul? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah  Saya ada menjual buku, pen, pemadam dll. (Sebaiknya ejaan dan lain-lain di eja penuh)Tatabahasa07.11.2019
Jika menjual komputer, mesin pencetak, aksesori pencetak, aksesori komputer, laptop, smartphone, tablet dan lain2 yang berkaitan dengan peralatan it adakah sesuai jika hanya menggunakan istilah "peralatan komputer dan elektronik" di dalam SSM.Ayat "peralatan komputer dan elektronik" boleh merujuk barang berkenaan.Tatabahasa17.09.2017
kedai menjual pakaianSalam sejahtera,

Bersama-sama ini disertakan visual papan tanda yang telah disahkan betul bahasa Melayunya.
Lain-lain08.01.2013
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih.Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah:
1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - منجوال بارڠن لوݢم
2. SYARIKAT LOGAM - شريکت لوݢم
3. GERAI MAKANAN - ݢراي ماکنن
4. GERAI MINUMAN - ݢراي مينومن
5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - ڤوست ڤنجاݢاءن حيوان ڤليهاراءن
6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - منجوال دان  مماسڠ ڤاݢر اءوتوماتيک دان الت  کسلامتن
7. PAKAR SISTEM SEKURITI - ڤاکر سيستم سيکوريتي
8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - ڤمبکل چرمين کريتا
9. BILIK PAMERAN - بيليق ڤاميرن
10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - ڤمبکل ݢس ايندوستري
Ejaan02.12.2019
Saya ingin menjual tepung untuk menggoreng ayam. Apakah susunan kata yang betul untuk ditulis pada bungkusan tepung? Adakah tepung ayam goreng atau tepung goreng ayam. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah Tepung Goreng AyamTatabahasa06.02.2021
Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya?Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain.Tatabahasa09.05.2012
12345678910...

Kembali ke atas