Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jual] | منجوال

Definisi : menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jual] | منجوال

Definisi : memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjual

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bai‘ ‘inahjual beli asetPerniagaan IslamTiada1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah.
compulsory pawn salejualan gadaian paksaEkonomiEkonomi IslamTindakan memaksa penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Keadaan ini berlaku apabila penggadai gagal membayar hutangnya, tidak mengizinkan pegadai menjual barang gadaian dan penggadai enggan menjual barang gadaian secara sukarela. Oleh itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah jualan barang gadaian tersebut untuk melangsaikan hutang penggadai yang tamat tempoh.
haqq syuf’ahhak paksaanPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti terhadap rakan kongsi yang menjual harta tak alih yang dimiliki. Contohnya, A berkongsi dengan B sebidang tanah dan sekiranya B ingin menjual bahagiannya, beliau mesti memberi keutamaan kepada A. Andainya B menjual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan A sedangkan A berminat untuk membelinya, maka hak syuf’ah menetapkan bahawa pihak ketiga terpaksa menjual semula kepada A. Jumhur fuqaha’ membataskan hak syuf’ah kepada rakan kongsi sahaja, sebaliknya mazhab Hanafi memperluas hak syuf’ah kepada rakan kongsi, jiran dan orang yang mendapatkan kemudahan awam di tempat itu.
garden centrebursa tamanLandskapTiadaTempat menjual pelbagai jenis tumbuhan untuk kegunaan landskap. Tempat ini juga menjual kelengkapan taman seperti baja, racun, pasu dan sebagainya. Selain itu, sampel taman yang telah siap dibina dipamerkan kepada pengunjung.
haberdasherykedai kelontongKesenianTiada1. Kedai yang menjual pakaian dan hiasan pelengkap untuk lelaki.,2. Kedai yang menjual peralatan kecil dan bahan jahitan.
coffee housekedai kopi; warung kopiPentadbiran PerniagaanTiadaKedai kopi: Kedai tempat menjual makanan dan minuman.,Warung kopi: Kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman.
khiyar sifatkhiyar sifatPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan penjual untuk menjual produk yang mempunyai spesifikasi yang berbeza berbanding dengan yang asal seperti dinyatakan dalam akad. Contohnya, menjual lembu yang dikatakan boleh mengeluarkan susu sedangkan lembu tersebut tidak mempunyai susu. Pembeli dalam khiyar sifat diberi pilihan untuk meneruskan pembelian atau tidak.
index arbitragearbitraj indeksPentadbiran PerniagaanTiadaStrategi pelaburan yang melibatkan pembelian kontrak hadapan indeks saham dan menjual saham individu dalam indeks itu atau menjual kontrak hadapan indeks saham dan membeli saham idividu dalam indeks itu. Strategi ini dibentuk untuk mengambil peluang daripada perbezaan harga antara kontrak hadapan indeks dengan harga aset sandaran.
option marketpasaran opsyenEkonomiEkonomi IslamPasaran yang memberi hak kepada pelabur untuk membeli atau menjual sesuatu komoditi atau sekuriti pada satu tempoh akan datang tetapi dengan harga yang telah ditetapkan pada masa ini. Hak untuk membeli dan menjual masing-masing dikenali sebagai opsyen beli dan opsyen jual. Dalam urus niaga ini, pembeli dikehendaki membayar sebahagian daripada harga belian semasa kontrak ditandatangani. Urus niaga ini tidak sah dari segi syarak kerana tidak memenuhi syarat akad bai‘ salam atau bai‘ istisna’.
salam certificatessijil salamEkonomiEkonomi IslamSijil yang mencatatkan tawaran pengeluar untuk menjual kuantiti barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti pada harga yang ditetapkan berdasarkan prinsip bai‘al-salam. Pengeluar boleh menggunakan dana tunai yang diperoleh secara terus dan menawarkan komoditi tersebut pada masa hadapan. Pemegang sijil boleh menjual sijilnya mengikut harga di pasaran apabila barangan dan perkhidmatan tersebut telah wujud. Lihat juga bon salam.
12345678910...

Kembali ke atas