Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.lang] | منجولڠ

Definisi : 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lang] | منجولڠ

Definisi : 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,

Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
toweringmenjulangGeografiTiadaTiada
towering cumuluskumulus menjulangMeteorologiMeteorologi PerhubunganJenis awan kumulus kongestus yang memuncak tinggi.
upward-spiraling vortexpemusaran menjulangGeografiTiadaTiada
lifting condensation levelaras pemeluwapan menjulangSainsHidrometeorologiLihat aras pemeluwapan.
lambunglambungKesenianTiadaProses menjulang wau untuk naik ke udara.
anjunanjunKesenianTiadaProses menjulang wau untuk naik ke udara.
anjung (Kl.)anjung (KI.)KesenianTiadaProses menjulang wau untuk naik ke udara.
velocity headhulu halajuHidrogeologiTiadaKetinggian tenaga kinetik cecair mampu menjulang cecair itu (USGS). (Dimensi: L) Ruj.: Tolman 1937 Sin.: hulu tenaga kinetik
dew-point formularumus takat embunSainsHidrometeorologiRumus untuk mengira ketinggian hampiran aras pemeluwapan yang menjulang. Oleh itu rumus ini digunakan untuk menganggar ketinggian dasar awan olakan dalam keadaan atmosfera dan topografi yang sesuai. Secara amali dan mudah, ia mungkin dinyatakan sebagai: dengan ialah ketinggian dalam kaki; suhu permukaan udara dalam oF; dan ialah takat embun permukaan dalam oF. Ini berpunca daripada hampiran berikut: suhu berkurangan sebanyak 5.5oF, dan takat embun berkurangan 1oF, bagi setiap 1000 kaki peningkatan ketinggian. Gambarajah ketinggian olakan awan ialah bentuk grafik rumus ini.
mildewrabukBiologiPatologiPenyakit yang dicirikan oleh ketumbuhan kulat askomiset tertentu, yang berupa anyaman miselium dengan konidiumnya menjulang ke udara di atas permukaan perumah. Keadaan ini menyebabkan ia kelihatan berkulapuk.

Kembali ke atas