Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : menjalar, merayap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki dll): ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : 1 menganjur keluar (bkn lidah dr mulut dll); keluar memanjang: Lidah anjing itu ~ kerana kepanasan. 2 (duduk) berlunjur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julur
Kata Terbitan : menjulur, menjulurkan, terjulur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas serta alat yang digunakan ?Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dll). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.Makna28.01.2014
1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat.
2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.
Makna04.05.2017

Kembali ke atas