Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : menjalar, merayap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki dll): ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lur] | منجولور

Definisi : 1 menganjur keluar (bkn lidah dr mulut dll); keluar memanjang: Lidah anjing itu ~ kerana kepanasan. 2 (duduk) berlunjur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julur
Kata Terbitan : menjulur, menjulurkan, terjulur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANJUNG HORN

Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan

Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan

kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli

pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar

asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur

jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa

tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan

kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang

sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap

dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang

apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak

daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya

menggunakan Terusan Panama.

UMUM 
TIUB EUSTACHIA

Tiub Eustachia , juga dikenali sebagai tiub

auditori , ialah kanal (laluan) sepanjang 3.8

sentimeter yang terbentuk daripada tulang dan

rawan, serta dilapisi membran mukus. Tiub ini

bermula daripada kaviti telinga tengah, menjulur

ke bawah dan ke depan, terus ke kerongkong.

UMUM 

Kembali ke atas