Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jum.lah.kan] | منجوملهکن

Definisi : mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jum.lah.kan] | منجوملهکن

Definisi : mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
additionpenambahanMatematikTiada1. Proses menjumlahkan dua perkara atau lebih. 2. Satu operasi asas dalam matematik. Katakan apabila a ditambah b, hasil tambah ialah c. Secara simbol a + b = c. Penambahan seperti ini boleh diperluas kepada integer, pecahan, nombor perpuluhan, nombor nyata, nombor kompleks, vektor, matriks, siri, polinomial dan sebagainya.
integrating indicatorpenunjuk kamirKejuruteraanTiadaPenunjuk yang menjumlahkan nilai sesuatu kuantiti terhadap masa.
dot blotserap bintikSains ForensikTiadaTeknik serap yang dipermudah untuk mengesan atau menjumlahkan asid nukleik yang diamplifikasi atau yang diekstrak daripada bahan bukti. Dalam teknik ini, sampel DNA diletakkan pada membran sebagai satu bintik dan diikuti dengan penambahan prob nukleotida berlabel. Bagi sampel DNA yang mempunyai jujukan yang saling melengkapi dengan jujukan prob pengesan, tindak balas antara DNA dengan prob pengesan akan menghasilkan perubahan warna pada bintik tersebut.
oxidation statekeadaan pengoksidaanFarmasiTiadaAras positif atau negatif sesuatu unsur yang dikira dengan menjumlahkan atom positif dan atom negatif dalam satu molekul, dan perbezaan antara kedua-dua jumlah ini adalah merupakan keadaan pengoksidaan molekul tersebut. Contohnya, keadaan pengoksidaan Mn dalam KMnO4, ialah +7.
composite figurelembaga rencamMekanikGunaanLembaga yang terbentuk daripada gabungan lembaga mudah. Sifat geometri dan sifat sifatekun lembaga boleh didapati dengan menjumlahkan sifat lembaga komponennya tanpa perlu dihitung daripada prinsip pertama.
average returnpurata pulanganPengurusanPerancanganPerkiraan matematik yang menunjukkan pulangan yang mampu dihasilkan oleh sesebuah syarikat atas perbelanjaan atau pelaburan yang dilakukan dalam satu tempoh tertentu. Perkiraan ini dilakukan dengan cara menjumlahkan keseluruhan pulangan bagi sesuatu tempoh dan dibahagikan dengan jumlah perbandingan atas komitmen yang ingin dikira seperti jumlah pelaburan. Lazimnya purata pulangan ditunjuk dalam bentuk peratusan. Contohnya, purata pulangan sebanyak enam peratus oleh sebuah syarikat saham tempatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.
first moment of massmomen pertama jisimMekanikGunaanHasil darab jisim jasad dengan jarak serenjang pusat jisim jasad itu daripada sebarang paksi rujukan. Misalnya, jika jasad itu berjisim m dan kedudukan pusat jisimnya ialah (xG,yG,zG), maka momen pertama jisim bagi jasad itu di sekitar paksi-x ialah mxG. Gagasan momen pertama jisim digunakan dalam menentukan pusat jisim jasad. Ungkapan untuk momen pertama diperoleh apabila prinsip momen dikenakan untuk menjumlahkan momen yang disebabkan oleh jisim setiap unsur infinitesimal jasad itu.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.

Kembali ke atas