Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jum.pa.i] | منجومڤاءي

Definisi : berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jum.pa.i] | منجومڤاءي

Definisi : mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya menjumpai dalam khidmat nasihat DBP, ada jawapan yang mengatakan "sebab" ialah kata nama sahaja. Namun kamus Dewan Perdana memberikan kelas kata Kata Hubung juga untuk "sebab". Bolehkah DBP kemas semula dan padamkan jawapan yang sepatutnya dalam khidmat nasihat kerana ada jawapan-jawapan yang mengelirukan. Semoga terus maju bahasa Melayu!

Terima kasih atas makluman tuan. Pihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya.

Lain-lain04.06.2023
Saya tidak menjumpai padanan bagi “bra-line” dalam PRPM. Mohon DBP bantu saya.Padanan bagi istilah 'bra-line' ialah garis coli. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah22.07.2022
Saya kerap menjumpai perkataan 'proficiency' dan 'ability' digunakan dalam membayangkan maksud keupayaan / kecekapan / kemahiran / kebolehan / kemampuan dalam buku rujukan Bahasa Inggeris. Cth: Students' proficiency / ability in answering questions. Soalan. Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk saya gunakan dalam penulisan berkaitan perkataan 'ability'? Bagaimana jika saya menggunakan perkataan 'abiliti' dalam penulisan Bahasa Melayu untuk menggantikan perkataan 'ability' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih di atas maklum balas yang akan diberikan.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "proficiency" ialah kecekapan atau kemahiran. Istilah bahasa Melayu untuk "ability" pula ialah kebolehan atau kemampuan. Perkataan "abiliti" tidak boleh digunakan kerana tidak diterima sebagai padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk "ability".Istilah03.04.2014
Saya tidak menjumpai huraian perkataan 'guris' dalam Kamus Dewan sedangkan ia sering digunakan, seperti 'mengguris hati'. adakah ia bukan perkataan dasar?Ejaan yang betul/baku ialah 'gores', lihat di bawah perkataan 'gores'.Tatabahasa26.09.2006
Tuan, adakah "menemui" dapat digunakan untuk objek tidak bernyawa? Maksud saya apabila kita bukan mencari objek tidak bernyawa itu, tetapi menjumpai objek tidak bernyawa itu di sesuatu tempat. Dalam keadaan ini, bolehkah "menemui" digunakan? Atau "menemukan" mesti digunakan? Contoh ayat: 1. Saya banyak menemui telefon bimbit yang canggih di kedai itu. 2. Ibu menemui sayur-sayuran di pasar itu. 3. Adik menemui sebuah kotak di biliknya. (Adik bukan mencari kotak itu dan menjumpai kotak itu, tetapi menjumpai kotak itu dalam keadaan tidak sengaja.) Saya tidak dapat berfikir apa-apa ayat lagi untuk mengungkapkan maksud "menemui" untuk objek tidak bernyawa ini. Mungkin penggunaan ini terhad, tidak produktif. Jadi jika kita sekadar menjumpai sesuatu benda, iaitu objek tidak bernyawa, adakah kita menggunakan "menemui", atau masih "menemukan"?Menemui boleh juga digunakan untuk objek tidak bernyawa.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1648, menemui juga sama maksud dengan menemukan dalam aspek tertentu.  Ada konteks ayat yang perkataan menemui dengan menemukan boleh ditukar ganti penggunaanya seperti menjumpai sesuatu.

Untuk ayat 1, perkataan menemui atau menemukan, kedua-duanya boleh digunakan.  Menemui pada ayat ini bermaksud mendapati.

Akan tetapi untuk ayat 2 perkataan menemui sayur-sayuran tidak sesuai digunakan.  Di situ lebih bermaksud menemui atau bertemu dengan sesiapa. Tidak mungkin ibu bertemu dengan sayur-sayuran. 

Untuk ayat 3, kedua-dua menemui dan menemukan boleh digunakan saling berganti.
Lain-lain30.11.2014
saya keliru dengan post web anda.. saya menjumpai 2 jawapan yang berbeza untuk ejaan sebenar "maruku atau muruku".. mungkin anda boleh cuba sendiri mencari perkataan "maruku" dan anda akan menjumpai 2 jawapan yang saya maksud kan yang mana telah di post dalam tahun 2011.. kindly advise.. tq!Ejaan yang betul ialah muruku.Ejaan02.11.2015
Salam, saya telah menjumpai notis yang bertulis "Dilarang!!! Mengsquishy Squishy" di sebuah kedai yang menjual permainan. Minta alternatif bagi kenyataan ini dalam bahasa Melayu yang betul. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan “mengsquisy” tiada dalam bahasa Melayu. Antara cadangan padanan ayat bahasa Melayu yang sesuai ialah:



1. Dilarang memicit objek ini.

2. Dilarang menekan objek ini.



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Makna29.03.2021
Perkataan Inggeris - 'Unatoned'. Tidak menjumpai terjemahan perkatan tersebut. Sila bantu. Terima kasihTidak ada maklumat tentang unatoned dalam pangkalan data kami. Sila hubungi kami semula dengan menyatakan konteks penggunaan kata tersebut untuk kami bantu mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan19.05.2015
Salam sejahtera ! Saya tidak menjumpai perkatan ini dalam Kamus Dewan. Adakah boleh diterima ejaan dan maksudnya dalam bahasa Melayu kerana ada dalam buku latihan murid ?Untuk makluman, istilah terarium adalah betul dan boleh digunakan.Istilah13.11.2014
Apakah maksud fazihat, saya menjumpai perkataan ini dalam Syair Definisi Orang Berakal dalam Antologi Harga Remaja?Perkataan fazihat (Fadhihat) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud mengaibkan, mencela, atau menista.Makna06.01.2011
12345678

Kembali ke atas