Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jum.pa.i] | منجومڤاءي

Definisi : berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jum.pa.i] | منجومڤاءي

Definisi : mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
luqatahbarang jumpaanPerniagaan IslamTiadaHarta yang ditemui semula setelah hilang. Pihak yang menjumpai barang tersebut wajib memulangkannya kepada yang berhak. Sekiranya pemilik tidak dapat dikesan dalam tempoh setahun, barangan tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal. Contoh luqatah ialah komputer riba pejabat atau barang perniagaan.
statistical weightpemberat statistikFizikHaba1. Bilangan keadaan mikroskopik yang setara dengan keadaan makroskopik tertentu. 2. Faktor gandaan dalam ungkapan bagi kebarangkalian menjumpai sesuatu keadaan kuantum. Biasanya faktor ini sama dengan bilangan subkeadaan terdegenerat yang terkandung dalam sesuatu keadaan.
blood group Akumpulan darah ASains ForensikTiadaKumpulan darah yang mempunyai antigen A pada permukaan sel darah merah dan tidak mempunyai antigen B. Dalam pengujian serologi forensik, kumpulan darah A mempunyai nilai pembezaan antara individu yang agak rendah kerana kekerapan menjumpai seseorang yang berdarah A adalah sekitar 40%.
blood group ABkumpulan darah ABSains ForensikTiadaKumpulan darah yang mempunyai kedua-dua antigen A dan antigen B pada permukaan sel darah merah. Dalam pengujian serologi forensik, kumpulan darah AB mempunyai nilai pembezaan antara individu yang lebih tinggi berbanding kumpulan darah lain kerana kekerapan menjumpai seseorang yang berdarah B adalah sekitar 5%. Bangsa daripada keturunan Jepun dan Cina mempunyai kekerapan kumpulan darah AB yang lebih tinggi berbanding bangsa lain.
functionfungsiKesusasteraanTiadaAksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera.
blood group Bkumpulan darah BSains ForensikTiadaKumpulan darah yang mempunyai antigen B pada permukaan sel darah merah dan tidak mempunyai antigen A. Dalam pengujian serologi forensik, kumpulan darah B mempunyai nilai pembezaan antara individu yang lebih tinggi berbanding kumpulan A atau O kerana kekerapan menjumpai seseorang yang berdarah B adalah kurang dari 20%. Bangsa daripada keturunan Negroid mempunyai kekerapan kumpulan darah B yang lebih tinggi berbanding bangsa lain.
blood group Okumpulan darah OSains ForensikTiadaKumpulan darah yang tidak mempunyai kedua-dua antigen A dan antigen B pada permukaan sel darah merah. Darah O tidak membentuk gumpalan apabila dicampur dengan kumpulan darah lain. Dalam pengujian serologi forensik, kumpulan darah O mempunyai nilai pembezaan antara individu yang agak rendah kerana kekerapan menjumpai seseorang yang berdarah O adalah sekitar 40%.

Kembali ke atas