Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.rus] | منجوروس

Definisi : mengarah, menuju (terus ke atau kpd), tertumpu kpd: kita harus memilih aspek yg khusus supaya perbincangan kita ~ kpd satu arah sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.rus] | منجوروس

Definisi : mengarah; menuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurus2 (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, terus, langsung, tegak, lantas, lulus, lempang;,
Kata Terbitan : berjurus-jurus, menjurus, menjuruskan, jurusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA, pertubuhan belia.  Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih dikenal dengan nama Gerakan Belia 4B, ditubuhkan pada 21 Ogos 1966 di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.  Pertubuhan ini merupakan salah sebuah daripada lebih kurang 30 pertubuhan belia di negara ini yang bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM).  Pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth iaitu ‘Head’, ‘Heart’, ‘Health’ dan ‘Hand’.  Konsep ini disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini dan konsep 4B menjurus pada nilai-nilai positif, iaitu ‘Bersatu’, ‘Belajar’, ‘Bekerja’ dan ‘Berkhidmat’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas