Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.rus] | منجوروس

Definisi : mengarah, menuju (terus ke atau kpd), tertumpu kpd: kita harus memilih aspek yg khusus supaya perbincangan kita ~ kpd satu arah sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.rus] | منجوروس

Definisi : mengarah; menuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurus2 (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, terus, langsung, tegak, lantas, lulus, lempang;,
Kata Terbitan : berjurus-jurus, menjurus, menjuruskan, jurusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transverse faultsesar melintangGeologiTiadaSesar yang menjurus secara menyerong atau serenjang dengan arah aliran struktur umum rantau.
therapeutic communicationkomunikasi terapeutikKejururawatanTiadaPerbualan yang menjurus kepada membantu individu menangani tekanan, menyesuaikan diri dan mengatasi kebuntuan fikiran.
moribundmoribun/nazakPerubatanTiadaKeadaan tidak sedar yang menjurus kepada kematian.
algorithmic cost modellingpemodelan kos algoritmaTeknologi MaklumatPerisianPendekatan yang menjurus kepada penganggaran kos perisian yang digunakan untuk menganggar kos sesuatu projek. Parameter yang digunakan dalam pendekatan ini ialah atribut projek dan atribut perisian.
New BrutalismBrutalisme BaruKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang menjurus kepada fungsi. Pendekatan ini merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam gaya antarabangsa yang melibatkan penggunaan reka bentuk arca yang besar dan penggunaan bahan mentah dengan struktur konkrit kasar.
market positioningpeletakan pasaranPengurusanPerancanganSuatu strategi pemasaran yang menentukan kedudukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang menjurus kepada sektor pasaran tertentu. Tujuan strategi peletakan pasaran adalah untuk memastikan kualiti dan harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan akan dapat memenuhi keperluan dan keinginan sesuatu kelompok pasaran yang disasarkan. Contohnya, syarikat pengeluar kereta yang meletakkan sesuatu jenama atau model keretanya yang akan bersaing dalam pasaran kereta mewah, berkualiti dan berprestasi tinggi. Sinonim peletakan produk.
false labourpelahiran palsuKejururawatanTiadaKeadaan ibu yang mengalami kontraksi tidak tetap dan tidak selesa, yang tidak menjurus kepada proses kelahiran.
ambivalenceambivalensJururawatKejururawatan Klinikal

 Kehadiran emosi yang bercanggah terhadap sesuatu objek. Sekiranya perasaan menjadi melampau akan menjurus kepada gangguan psikologi. Contohnya, benci dan sayang kepada se-seorang.

biodiversitykepelbagaian biologiKesenianSeni BinaKepelbagaian alam yang membawa kepada interaksi antara alam semula jadi dengan persekitaran yang menjurus kepada keseimbangan ekosistem. Sumber-sumber alam membekalkan manusia dengan keperluan makanan, perubatan, produk-produk industri dan juga berperanan penting untuk mengimbangi alam sekitar. Kekayaan biologi merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam reka bentuk persekitaran.
mission statementpenyataan misiPengurusanPerancanganPenyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan organisasi tentang cara perjalanan pentadbiran dan gerak kerja sesebuah organisasi, yang boleh menjurus kepada pencapaian matlamat dan visi organisasi. Skop penyataan misi merangkumi falsafah organisasi, kepentingan pelanggan dan menjadi garis panduan dalam menentukan objektif organisasi tersebut.
1234

Kembali ke atas