Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1. saling tolak-menolak 2. tolak-menolak 3. saling menolak Saya berasa bahawa "saling tolak-menolak" adalah salah dan jawapan yang betul ialah "tolak-menolak" atau " saling menolak". Adakah jawapan saya ini betul? Saya tidak pasti akan jawapan saya ini. Tolong berikan penjelasan kenapa perlu letak "tolak menolak/saling menolak". Terima kasih.Frasa yang betul ialah "saling menolak" atau "tolak-menolak".  Tolak-menolak ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling dalam kata tersebut.Tatabahasa01.05.2014
A.Yang mana betul? 1. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi sampah sarap. 2. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi oleh sampah sarap. 3. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. B. Terangkan penggunaan tanda sempang untuk kata ganda berentak yang menimbulkan kekeliruan. Contoh sampah sarap atau sampah-sarap pinggan mangkuk atau pinggan-mangkuk Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda.
Tatabahasa29.03.2013
1. Boleh guna "menolak motosikal"? atau mesti menuntun motosikal. 2. "memasukkan angin ke dalam tayar yang pancit" betulkah? atau mesti guna "mengepam tayar motosikal" 3. "membayar harga membaiki motosikal di kaunter bayaran " ada kesalahan dari segi struktur ayat? Terima kasih
1. Menolak motosikal dan menuntun motosikal, kedua-duanya betul. Sila rujuk kamus untuk melihat makna dan konteks penggunaan kedua-dua kata tersebut.
2. Mengepam tayar motosikal.
3. Membayar harga membaiki motosikal, betul kerana harga termasuklah untuk barang dan perkhidmatan.
Tatabahasa28.07.2014
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang jururawat menolak kerusi roda untuk pesakit kurang upaya. 2. Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki seorang pak cik.Ayat pertama betul. Ayat kedua dibaiki seperti berikut:

Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pak cik.
Tatabahasa05.08.2013
Perbezaan antara perkataan menundakan dan menangguhkan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menundakan bermaksud 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong 2. (kiasan) meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak.  Menangguhkan pula bermaksud 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga)  2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll) 

Makna09.09.2011
Makna perkataan Menguis dan menggaliMakna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan.Tatabahasa04.04.2014
Salam. Saya nak tahu tentang cara guna awalan "me(n-)" dengan betul kerana panduan yang saya ada tidak begitu jelas. 1. Dia menolak meja ke tepi. 2. Dia tolak meja ke tepi. Mana satu betul? Atau dua-dua pun betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia menolak meja ke tepi.

Penggunaan perkataan tolak sesuai digunakan dalam ayat perintah seperti ayat Tolak meja ke tepi.
Tatabahasa04.09.2016
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih.Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja.Tatabahasa07.04.2008
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
123

Kembali ke atas