Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau ada gajah berjuang,
     Jemurlah beras di atas para;
Kalau ada Allah menolong,
     Siang malam barat utara.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bederau[b«.d«.ÒAw]kata kerjabergilir-gilir menolong menyudahkan kerja (berkenaan bersawah, berkebun dan lain-lain) yang sama banyak dan sama berat.La ni adat berderau koi kurang dah semua kreja pakai upah.[lA ni A.dAt b«.d«.ÒAw koj ku.ÒAN dAh s«.mu.wA kÒ«.dZA pA.kAj u.pA h]Sekarang, adat berderau semakin kurang kerana semua kerja dibuat dengan cara mengupah.
yoya[jo.jA]kata kerjaberpeleseran, merambu ke sana ke mari tanpa tujuan.Dah besaq panjang lagu tu pon asyek dok yoya sana sini, haram nak tulong mak pak.[dAh b«.sA)Ö pAn.dZAN lA.gu tu pon A.Se/ do/ jo.jA sA.nA si.ni hA.ÒAm nA/ tu.loN mA/ pA/]Sudah dewasa pun masih lagi berpeleseran ke sana ke mari, malas hendak menolong ibu bapa.
hoya[ho.jA]kata kerjamembuat bising, berpeleseran, merambu tanpa tujuan, berfoya-foya.Budak-budak muda tu tau seronok saja, depa dok hoya sana sini, bukan tau nak tolong mak pak depa.[bu.dAk.bu.dA/ mu.dA tu tAw s«.ҍ.n/ sA.dZA dE.pA do/ ho.jA sA.nA si.ni bu.kAn tAw nA/ tu.loN mA/ pA/ dE.pA]Anak-anak muda itu hanya suka berseronok sahaja, mereka merambu ke sana ke mari, tidak ingin hendak menolong ibu bapa mereka.

Kembali ke atas