Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau ada gajah berjuang,
     Jemurlah beras di atas para;
Kalau ada Allah menolong,
     Siang malam barat utara.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kenak[k«.nA/]kata adjektifberkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati.Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite.[s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«]Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita.
tekayau-kayau[t«.kA.jAw.kA.jAw]kata kerjamencari-cari sesuatu benda secara bersendirian dalam waktu yang lama.Puas aku tekayau-kayau, takde sape nolong.[pu.wAs A.ku t«.kA.jAw.kA.jAw tA/.d« sA.p« no.loN]Puas aku mencari sesuatu benda, tiada sesiapa menolong.
mengkal-mengkel[m«N.kAl.m«N.kel]kata tugaskeadaan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.Orang tue tu mengkal-mengkel nyangkol kat kebon, anak die siket tak tolong.[o.ÄAN tu.w« tu m«N.kAl.m«N.kel øAN.kol kAt k«.bon A.nA/ di.j« si.ket tA/ to.loN]Oorang tua itu menyangkul bersungguh-sungguh di kebun, anaknya sedikit pun tak menolong.

Kembali ke atas