Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau ada gajah berjuang,
     Jemurlah beras di atas para;
Kalau ada Allah menolong,
     Siang malam barat utara.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Pantun

PantunSumberTema
Adat sekampung tolong-menolong, Adat senegeri beri-memberi; Adat menolong jangan menggulung, Adat memberi jangan mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Sama serumah tolong-menolong; Adat dijaga budi terbilang, Petua amanah sama dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Waktu menteri mendukung itik, Tua dan muda hadir menolong; Sayulah hati berhidung pesek, Muka rata bibir yang muncung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi.Pantun Melayu SarawakBudi
Apabila memancung jangan tersalah, Kalau tersalah luka yang dapat; Apabila menolong jangan menyumpah, Kalau menyumpah tak ada manfaat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Untuk apa menebang pisang, Supaya dapat merasa buahnya; Untuk apa menolong orang, Supaya ingat masa susuhnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau cukup harta di kampung, Pergi merantau berhati lapang; Kalaulah hidup sama menolong, Negeri kacau pastilah tenang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau ada gajah berjuang, Jemurlah beras di atas para; Kalau ada Allah menolong, Siang malam barat utara.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas