Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau ada gajah berjuang,
     Jemurlah beras di atas para;
Kalau ada Allah menolong,
     Siang malam barat utara.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lepoh-lepah[lE.ph.lE.pAh]kata adjektifpenat.Dah lepoh-lepah rasoe menolong kek orang di panonggahan orang kawen tu.[dAh lE.ph lE.pAh ÄA.s.E m.n.lN kE/ .ÄAN di.pA.nN.gA.hAn .ÄAN kA.wEn tu]Sudah penat rasanya menolong di tempat penanggah orang kawin itu.
komulan[k.mu.lAn]kata namaterhutang budi; kobudian.Den komulan dongan cekgu Husin kerano diolah monolong monyokolahan anak ese dulu.[dEn k.mu.lAn d.NAn tSE/.gu u.sEn k«.ÄA.n di.j m.n.lN m.ø.k.lAh.An A.nA/ E.sE du.lu]Saya terhutang budi dengan Cikgu Husin kerana dialah menolong menyekolahkan anak saya dahulu.
kobudian[k.bu.di.jAn][k.bu.di.jAn]terhutang budi; komulan.Den kobudian dongan cekgu Husin kerano diolah monolong monyokolahan anak ese dulu.[dEn k.bu.di.jAn d.NAn tSE/.gu u.sEn k«.ÄA.n di.j m.n.lN m.ø.k.lAh.An A.nA/ E.sE du.lu]Saya terhutang budi dengan Cikgu Husin kerana dialah menolong menyekolahkan anak saya dahulu.

Kembali ke atas