Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau ada gajah berjuang,
     Jemurlah beras di atas para;
Kalau ada Allah menolong,
     Siang malam barat utara.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
helpingmenolongPsikologiPsikologi UmumTingkah laku prososial yang biasanya mempunyai niat untuk memberi keuntungan kepada orang lain. Konsep yang berkaitan dengan tingkah laku menolong ialah altruisme, iaitu keprihatinan tanpa syarat seseorang terhadap kebajikan orang lain. Terdapat tiga teori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku menolong. Pertama, model kelegaan daripada perasaan negatif. Contohnya, individu yang telah menolong orang lain akan merasa lega daripada perasaan negatif atau yang tidak menyelesakan. Kedua, model empati-altruisme yang menyatakan bahawa sesetengah orang menolong secara ikhlas walaupun dirinya dalam keadaan tertekan atau bermasalah, dan yang ketiga ialah teori sosiobiologi yang menyatakan individu secara semula jadi mempunyai kecenderungan untuk menolong.
action in aidtindakan menolongPentadbiranTiadaTiada
counsellingkaunselingPentadbiranTiadaFungsi personel yang cuba menolong pekerja yang menghadapai masalah di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian.
union organizerpengelola kesatuanPentadbiranTiadaPihak yang menolong pekerja menubuhkan kesatuan tempatan.
mnemonicmnemonikKejuruteraanTiadaPerkataan ringkas yang mudah ingat atau cara untuk menolong ingatan manusia.
facility location analysisanalisis lokasi kemudahanPentadbiranTiadaPenggunaan kaedah pengangkutan untuk menolong sebuah firma menentukan lokasi kilang atau gudang.
foodmakananPerubatanTiadaSesuatu yang apabila diambil masuk ke dalam tubuh boleh menolong membina tisu, membekalkan tenaga, haba dan zat.
bearing downmeneranPerubatanTiadaMenkontraksikan otot abdomen semasa rahim sedang mengkontraksi untuk menolong proses kelahiran bayi semasa bayi hampir keluar.
power steeringstering kuasaKejuruteraanTiadaSistem kawalan stering untuk kenderaan, dengan sumber kuasa bantu menolong pemandu dengan membekalkan daya utama yang diperlukan untuk mengarahkan roda-roda jalan.
layshaftaci bantuMekanikGunaanAci pertengahan dalam sistem rangkaian gear. Aci bantu diperlukan untuk menolong memindahkan kuasa atau gerakan dari aci pemacu ke aci pengikut. Lihat jugarangkaian gear.
1234

Kembali ke atas