Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.sa.bit.kan] | منثابتکن

Definisi : 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mensabitkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta bantuan... manakah yang betul. menyabitkan atau mensabitkan.... menyabitkan hukuman/mensabitkan hukuman menyabit rumput/mensabit rumputBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mensabitkan bermaksud 1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya). Contoh : keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk mensabitkan semua yang tertuduh. Oleh it, "menyabitkan hukuman" dan "mensabitkan hukuman' adalah salah. Perkataan "mensabitkan" perlu diikuti oleh orang yang tertuduh bukan "hukuman" . Menyabitkan pula bermaksud menyabit untuk. Contoh: petang itu dia menyabitkan ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka. Menyabit pula bermaksud memotong (padi, rumput, dll) dengan sabit. Contoh: orang tua itu sedang menyabit di bendang; menyabit kelapa mengait kelapa dengan sabit. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menyabit rumput.Tatabahasa01.05.2014
Menyabitkan kesalahan, mensabitkan kesalahan ataupun sabit kesalahan? Ataupun, mensabitkan tertuduh?Jawapan yang sesuai ialah Mensabitkan kesalahan.Makna26.05.2019
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ?1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan.Makna21.01.2010
1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ?

1. mengetengahkan

2. mengetepikan

3. mengepalai

4. menunjang

5. memastikan

6. mencintai

7. menyukarkan

8. penyajak

9. pemelajaran

10. menyabitkan

Tatabahasa24.07.2011

Kembali ke atas