Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ser.vis] | منسرۏيس

Definisi : membaiki keadaan sesuatu (spt perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dsb) dgn mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yg perlu, mengganti minyak, dsb): keretanya sudah perlu diservis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ser.vis] | منسرۏيس

Definisi : menyenggara, membaiki atau membuat supaya (enjin, jentera dll) berada dlm keadaan yg baik utk digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menservis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merupakan peniaga yg menjalankan bengkel kereta. Baru baru ini sy beri amaran oleh PIHAK BERKUASA TEMPATAN kerana papan perniagaan saya tertera perkataan 'PUSAT SERVIS KENDERAAN' Adakah salah penggunaan bahasa saya?Sekiranya perkhidmatan yang disediakan ialah menservis kenderaan, PUSAT SERVIS KENDERAAN adalah betul. Sekiranya puan menjalankan perkhidmatan membaiki kenderaan dan lain-lain, BENGKEL KENDERAAN atau BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN ialah perkataan yang lebih sesuai.Tatabahasa04.09.2014
Untuk maklumat pihak tuan, kami ingin memaklumkan bahawa keterangan aktiviti perniagaan yang dilampirkan adalah merujuk kepada dua aktiviti perniagaan yang berbeza iaitu Pusat Servis dan Alat Ganti. Kami ingin memohon kerjasama pihak tuan agar mempertimbangkan permohonan kami untuk mengekalkan penggunaan bahasa pada papan tanda PERODUA. Sekian, terima kasihBerdasarkan keterangan yang diberikan, aktiviti perniagaan yang betul ialah PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN. "Pusat Servis Alat Ganti" bermaksud tempat ini hanya menservis alat ganti sahaja.Tatabahasa27.11.2013

Kembali ke atas