Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.sta.bil.kan] | منستابيلکن

Definisi : menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.sta.bil.kan] | منستابيلکن

Definisi : menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
stabil (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;,
Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu bapa perlu menerangkan apa-apa yang dibaca kepada anak mereka untuk memantapkan pemahaman mereka. Penggunaan 'memantapkan' betul?Memantapkan bermaksud menstabilkan dan kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Perkataan memantapkan boleh digantikan dengan perkataan meningkatkan untuk disesuaikan dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa26.07.2013
Tuan, persoalan saya adalah berhubung penggunaan perkataan: 1. Menyahstabil 2. Menyahstabilkan Adakah perkataan ini boleh digunakan dengan maksud 'perbuatan atau tindakan yang dilakukan bertujuan untuk tidak menstabilkan keadaan' Terima kasih.Perkataan tersebut boleh digunakan dan perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Tatabahasa18.06.2021
Adakah terjemahan di bawah sejadi dan difahami? Sasaran pembaca: orang awam. Cadangan penambahbaikan amat dihargai. Teks sumber: If the patient has fallen from greater than their own height, suffered a sudden deceleration, significant trauma above the shoulders, or other concerning mechanism of injury (MOI), instruct them not to move, or get a bystander or assistant to provide manual in-line stabilisation (MILS) of their C-Spine. Teks sasaran: Jika pesakit telah jatuh dari ketinggian yang lebih tinggi dari diri sendiri, mengalami hentaman mengejut, trauma yang kuat di bahagian atas bahu, atau mekanisme-mekanisme kecederaan yang lain, pastikan mereka tidak bergerak, ataupun dapatkan pembantu atau seseorang yang berada di tempat kejadian untuk membantu menstabilkan kepala agar leher (C-spine) dapat kekal lurus.Puan perlu menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bagi tujuan ini. Penyemakan dan penterjemahan17.02.2023

Kembali ke atas