Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.sta.bil.kan] | منستابيلکن

Definisi : menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.sta.bil.kan] | منستابيلکن

Definisi : menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
stabil (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;,
Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS)

Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah

organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara

Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata

wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga

mata wang satu negara dalam istilah negara-negara

lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan

penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark,

Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan

Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan

penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan

United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan

Greece menandatangani perjanjian sistem ini

tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua

operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara

Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan

ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United

Kingdom dan Itali mengumumkan untuk

menggantung sementara penyertaan mereka

dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat

mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di

bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini.

UMUM 
DARAH

Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang

mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh

hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah

kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan

oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah

membawa karbon dioksida dan bahan buangan

lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan,

menstabilkan suhu badan kita, dan membawa

bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan.

UMUM 
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM 
AYAM MALLEE

Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung

yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di

kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat

pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee

berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan

beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk

ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa

gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan

daun dan rumput sebelum menutupnya dengan

pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam

mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan

lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan

pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah

atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas,

anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri

daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang

dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak

dipelihara oleh induknya.

Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam

famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata .

UMUM 

Kembali ke atas