Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tad.bir.kan] | منتدبيرکن

Definisi : mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tad.bir.kan] | منتدبيرکن

Definisi : menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentadbirkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengendalan dan mengendali,apa bezanya?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada kata mengendalan dan kata terbitan yang betul bagi kendali ialah mengendalikan (bukan mengendali), kata kerja transitif yang bermaksud mentadbirkan sesuatu persatuan dan lain-lain.Tatabahasa11.02.2011
apakah makna dan maksud serta pengertian dia antara pentadbiran dan pengurusan?.Apakah perbezaan dan persamaan di antara keduanya?Antara keduanya mana yang lebih luas pengertian dan skop tugas kedua perkara tersebut.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, pentadbiran ditakrifkan sebagai perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan. Manakala pengurusan ialah perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll).

Daripada takrifan dari segi bahasa, kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama.

Dalam Glosari Korporat terbitan DBP, pengurusan ialah proses atau bentuk kerja yang menggunakan segala sumber ekonomi dan manusia untuk menyiapkan sesutau kerja yang diharapkan.


Untuk memahami dengan jelas konsep secara terperinci, tuan boleh merujuk bahan rujukan yang membincangkan pentadbiran dan pengurusan dalam bidang sosiologi.
Makna19.03.2014
Adakah wujud perkataan "Paduka Tuan" atau "Tuan Paduka"?Ya wujud. Kata "paduka tuan" dan "tuan paduka" terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu, khususnya dalam karya klasik.

Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Sultan memberikan kuasa kepada Orang Kaya Menteri Paduka Tuan untuk mentadbirkan hal agama Islam.
2. Maka itulah beta wakilkan kepada Tuan Paduka Seri Thomas Raffles....

Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan maknanya.
Lain-lain21.09.2023
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Kenapa 'takrif' menerima imbuhan men- menjadi 'mentakrifkan' dan bukan 'menakrifkan'?

Perkataan takrif merupakan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t. Imbuhan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.

Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah:

Tabligh – mentablighkan

Tadbir – mentadbirkan

Tafsir – mentafsirkan

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 153-154

Tatabahasa03.09.2022

Kembali ke atas