Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tad.bir.kan] | منتدبيرکن

Definisi : mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tad.bir.kan] | منتدبيرکن

Definisi : menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentadbirkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAWAI PERDAGANGAN

Piawai perdagangan memastikan

perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di

Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai

perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan

kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna.

Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai

bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan

dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta

Perihal Perdagangan.

UMUM 
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas