Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
square 9. outright, bulat-bulat, mentah-mentah: a ~ denial, penafian bulat-bulat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
point-blankadv 1. from a very close position, dr jarak dekat: the bank clerk was shot ~, kerani bank itu ditembak dr jarak dekat; 2. bluntly, mentah-mentah, bulat-bulat: she told him ~ what she thought of him, dia memberitahu pemuda itu mentah-mentah apa yg difikirkan tentangnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
point-blankadj 1. very close, dekat: he shot the tiger at ~ range, dia menembak harimau itu dr jarak dekat; 2. said in a blunt manner, mentah-mentah, bulat-bulat: my sincere offer of help was met with a ~ refusal, tawaran ikhlas saya utk membantu ditolak mentah-mentah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flatlyadv 1. monotonously, secara mendatar: “I see,” he said ~, “Ya?” katanya secara mendatar; 2. firmly, bulat-bulat, mentah-mentah: she ~ refused to accept my cheque, dia menolak cek saya bulat-bulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rawadj 1. uncooked, mentah: ~ meat, daging mentah; you can eat onions cooked or ~, bawang boleh dimakan mentah atau dimasak; 2. not manufactured, mentah: ~ cotton from India, kapas mentah dr India; 3. unhardened by fire, mentah: ~ brick, bata mentah; 4. not analysed, mentah: ~ data, data mentah; 5. (sore) melecet; (bloody) masih berdarah : a ~ wound, luka yg masih berdarah; 6. inexperienced, untrained, mentah: a ~ recruit, rekrut mentah; 7. harshly cold, dingin: a ~ winter’s morning, suatu pagi yg dingin dlm musim sejuk; a ~ wind, angin dingin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
upsetadj 1. unhappy, saddened, susah hati: she was ~ by her son’s failure, dia susah hati krn kegagalan anak lelakinya: I was ~ that my views were totally rejected, saya susah hati krn pandangan saya ditolak mentah-mentah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tender13. young, mentah: children of ~ years, kanak-kanak dlm usia mentah: he was left an orphan at a ~ age, dia menjadi yatim piatu ketika umurnya masih mentah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crucifycrude adj 1. in the raw state, mentah; (of salt) kasar: ~ opium, candu mentah; ~ rubber, getah mentah; 2. roughly made, a. (of furniture, bomb, etc) kasar buatannya: a ~, lopsided table, meja yg kasar buatannya dan tinggi sebelah; b. (of drawing, draft, etc) kasar: ~ sketches, lakaran kasar; ~ estimate, anggaran kasar; 3. simple and rough, kasar: his ~ manners, caranya yg kasar; ~ method of punishment, cara menghukum yg kasar; 4. vulgar, tdk sopan: ~ jokes, gurauan yg tdk sopan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
callowadj inexperienced, (masih) mentah: a ~ youth, pemuda yg masih mentah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncookedadj mentah: the fish is marinated and eaten ~, ikan itu diperap dan dimakan mentah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas