Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau diĀ­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulatĀ­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raw scoreskor mentah; markat mentahGeografiTiadaTiada
raw scoreskor mentah; markat mentahMatematikTiadaTiada
raw scoreskor mentah; markat mentahPendidikanTiadaTiada
raw scoreskor mentah; markat mentahPerubatanTiadaTiada
sour crude oilminyak mentah masamKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang mengandungi sulfur atau sebatian sulfur dalam jumlah yang bererti, iaitu dalam jumlah yang boleh mempengaruhi sifat atau ciri-ciri minyak mentah berkenaan. Sebatian sulfur yang umum dijumpai dalam minyak mentah adalah hidrogen sulfida. Untuk mudah minyak mentah ini disebut mentah masam.
heavy crude oilminyak mentah beratKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang mempunyai graviti API relatif rendah, biasanya 39 darjah API atau lebih rendah. Dengan kita lain, minyak mentah ini merupakan minyak mentah yang mempunyai graviti spesifik tinggi.
light crude oilminyak mentah ringanKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang mempunyai graviti API relatif tinggi, biasanya 40 darjah API atau lebih tinggi. Dengan perkataan lain, minyak mentah ini merupakan minyak mentah yang mempunyai graviti spesifik rendah.
crude fibreserat mentahHerbaTiadaBahan selular yang mengandungi selulosa dan lignin yang tahan asid dalam tumbuhan. Nilai peratusannya menunjukkan tahap ketulenan suatu ubat mentah. Biasanya bahan tumbuhan dinyahlemak dan hasilnya diabukan. Nilai serat mentah diperoleh berdasarkan peratus kehilangan berat. Contohnya had piawai serat mentah bagi bunga cengkih ialah 6.2 - 9.8% dan tangkai cengkih ialah 13.6%. Bahan mentah cengkih yang mempunyai nilai lebih tinggi daripada 9.8% mungkin dicemari tangkai cengkih. Sinonim serabut mentah.
adobe constructionbinaan adobiKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang menggunakan bata mentah atau tanah mentah yang didedahkan kepada cahaya matahari bagi mengeringkannya.
sweet crude oilminyak mentah manisKejuruteraanPetroleumMinyak mentah yang tidak mengandungi atau sedikit sekali mengandungi sulfur atau sebatian sulfur. Sebatian sulfur yang biasanya diperhatikan ialah hidrogen sulfida. Kadang kala ia dikenali sebagai mentah manis.
12345678910...

Kembali ke atas