Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.taÖ.rif.kan]/[men.tak.rif.kan] | منتعريفکن

Definisi : memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata baha­wa novel itu tidak didefinisikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.taÖ.rif.kan]/[men.tak.rif.kan] | منتعريفکن

Definisi : mem­berikan takrif atau membuat takrif ttg sesuatu perkataan; mendefinisikan: Lebih sukar ~ sesuatu perkataan drpd menunjukkan penggunaannya dlm ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takrif (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan erti, pengertian, makna, maksud, definisi;,
Kata Terbitan : mentakrifkan, pentakrifan, pentakrif,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Yellow BookBuku KuningTeknologi MaklumatTiadaNama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD-ROM. Buku Kuning adalah perluasan Buku Merah yang membolehkan CD menyimpan data selain daripada data audio. Buku Kuning hanya mentakrifkan susunan fizikal data pada CD. Piawaian lain digunakan untuk mentakrifkan direktori dan struktur fail. Buku Kuning ini dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony dan diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning. Begitu juga Buku Oren, Buku Merah dan Buku Biru. Banding Buku Merah, Buku Biru dan Buku Oren.
Red BookBuku MerahTeknologi MaklumatTiadaNama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD audio. Buku Merah mentakrifkan spesifikasi fizikal CD seperti jejak, sektor dan bentangan blok, pengekodan dan persampelan. Sony dan Philips merujuk CD ini sebagai CD-DA iaitu media untuk data audio. Buku Merah ini dibangunkan pada tahun 1980 oleh Philips dan Sony. Buku Merah ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna merah. Begitu juga Buku Oren, Buku Kuning dan Buku Biru. Banding Buku Kuning, Buku Biru dan Buku Oren.
Orange BookBuku OrenTeknologi MaklumatTiadaNama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan piawaian CD boleh rekod. Buku Oren adalah susulan kepada Buku Merah. Buku Oren ini mentakrifkan spesifikasi teknologi CD-R, CD-RW dan CD-MO serta CD-foto. Buku Oren ini dibangunkan pada tahun 1990 oleh Philips dan Sony. Buku Oren ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna oren. Banding Buku Merah, Buku Biru dan Buku Kuning.
definingmentakrifkanFizikTiadaTiada
HamiltonianHamiltonanKimiaTiadaFungsi yang mentakrifkan tenaga sistem dinamik dari segi momentum teritlak.
lambda limiting processproses mengehad lambdaKejuruteraanTiadaKaedah mentakrifkan elektron titik.
physical schemaskema fizikalTeknologi MaklumatTiadaSkema yang mentakrifkan spesifikasi fizikal bagi reka bentuk konseptual pangkalan data.
base modemod asasTeknologi MaklumatTiadaProtokol yang mentakrifkan cara penukaran data di antara stesen induk dengan stesen hamba.
musical instrument digital interface (MIDI)antara muka digital alatan muzik (MIDI)Teknologi MaklumatTiadaSatu protokol piawai komunikasi untuk saling tukar maklumat muzik di antara alatan muzik, pensintisis dan komputer. Protokol ini mentakrifkan kod untuk memainkan muzik seperti permulaan not, nada, panjang, isi padu suara dan atribut muzik. Ia juga mentakrifkan kod pelbagai butang, pelarasan dail dan pedal yang digunakan pada pensintisis. Fail MIDI adalah kecil jika dibandingkan dengan fail muzik digital.
Debye frequencyfrekuensi DebyeFizikHabaFrekuensi, ƒ yang mentakrifkan suhu Debye, T bersamaan dengan ƒ =k T/h, dengan k pemalar Boltzmann dan h pemalar Planck.
123456

Kembali ke atas