Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[menteri] | منتري

Definisi : 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya); ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting; kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[menteri] | منتري

Definisi : 1 ahli pemerintahan yg tertinggi; ahli kabinet: ~ Besar ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua ~ ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana ~ ketua jemaah menteri; ketua kabinet. 2 nama buah catur yg paling berkuasa. kementerian 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Arus deras Laut Bentan,
     Mati menteri ditikam paduka;
Kalau asal permata intan,
     Jatuh di gelap cahaya jua.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mesyuarat menteri-menteri ASEAN-EECTiadaDewan Siswa1 April 1980
"Perdana Menteri " atau "Menteri Perdana"?Yeop Johari YaakobDewan Siswa1 January 1986
Menteri perdana atau perdana menteri?Jais SahokPelita Bahasa1 March 1991
Menteri Algeria Presiden Baharu OPECTiadaDewan Masyarakat1 February 2008
Menteri tidak berkenan pameran hantu, bukan warisan tetapi unsur menjahanamkan mindaTiadaMilenia Muslim1 September 2006
MenteriT. Alias TaibDewan Masyarakat15 January 1979
Menteri Yang Sedang CutiMaria KazaelMutiara1 July 1957
Perdana Menteri rasmi kampus AswaraTiadai-Remaja1 May 2007
Perdana Menteri Ketiga dalam Tempoh SetahunTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Perdana Menteri Bukan Melayu?Mat LetupDewan Masyarakat1 December 2008
123456

Kembali ke atas